Sunday, July 20, 2014

Pengaruh Asing Dalam Bahasa Melayu

http://cikgunoorsinah.blogspot.com/2013/05/pengaruh-bahasa-asing-dalam-bahasa.html

Sunday, July 13, 2014

Bahasa Melayu Moden

http://cikgunoorsgi.blogspot.com/search/label/Bab-4.Bahasa%20Melayu%20Moden
sebuah paparan yang banyak membincangkan mengenai Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

Saturday, July 5, 2014

Biodata

Muhammad Khairi Mohamed Nor
Pensyarah Cemerlang
Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
Sungai Petani
emel:khairimn@yahoo.com
HP:0134282758

Neka Bahasa

Tugasan Pentaksiran BM BMM3033E) 2014


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

TUGASAN PROJEK




TAJUK PROGRAM  : PISMP

NAMA GURU PELATIH  :



TAJUK KURSUS  : Pentaksiran Bahasa Melayu
                                Sekolah Rendah
KOD KURSUS      : BMM 3033E

SEMESTER  : 6

(Ambilan Januari 2012)


TARIKH MULA
9 Julai 2014

TARIKH HANTAR

20 Ogos 2012










1.    Menghuraikan konsep pentaksiran, pengujian, dan penilaian.
2.    Menjelaskan taksonomi Bloom, dan domain Krathwohl.
3.    Membina jadual spesifikasi ujian dan soalan ujian Bahasa Melayu;
4.    Menilai dan memilih jenis dan kaedah penilaian kemahiran bahasa dan sistem bahasa Melayu dan melaksanakan pemarkahan ujian Bahasa Melayu.

Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2, 3 dan 4


B. Objektif Projek

1.   Menghuraikan konsep pentaksiran, pengujian, dan penilaian dalam bentuk grafik.
2.   Menjelaskan taksonomi Bloom, dan domain Krathwohl dalam pentaksiran bahasa
      Melayu Sekolah Rendah.
3.   Membuat ulasan kritis soalan Bahasa Melayu tahun 5.


C. Tugasan Projek (100%: Wajaran 60%)

Pentaksiran dan  penilaian hendaklah  dianggap  sebagai sebahagian daripada
proses pengajaran dan pembelajaran, bukannya semata-mata dijalankan melalui ujian dan peperiksaan sahaja. Ia merupakan satu proses pengumpulan maklumat berkenaan dengan kemajuan dan prestasi pelajar.  Di peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah penilaian digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian pelajar.


      Bahagian A:

1.    Berdasarkan pernyataan di atas, buat pembacaan dan kumpulkan maklumat berkaitan dengan tajuk berikut:

  1. Konsep pentaksiran, pengujian, penilaian
  2. Taksonomi Bloom, dan domain Krathwohl
  3. Jadual Spesifikasi Ujian
  4. Jenis Penilaian Bahasa
  5. Pembinaan Ujian
  6. Kaedah Penilaian Bahasa
  7. Penilaian Kemahiran Bahasa
  8. Penilaian Aktiviti Bahasa
  9. Penilaian Bahasa Berasaskan Projek
  10. Penilaian Berasaskan Sekolah
  11. Penilaian Pengalaman Pembelajaran

Bahagian B. Penulisan Akademik

1. Berdasarkan bacaan anda dan data yang dikumpul, sediakan hasil tugasan tersebut
    dalam bentuk nota dan pengurusan grafik.
    (Tugasan Kumpulan)

2. Buat ulasan secara kritis 10 soalan objektif Bahasa Melayu tahun 5 yang diterbitkan
    oleh mana-mana syarikat penerbitan buku yang terdapat di pasaran.
    (Tugasan individu)

    Analisis perlu merangkumi:
      i. Jenis soalan
      ii. Aras soalan
      iii. Komponen soalan (stimulus, stem, pilihan jawapan dan pengganggu)
      iv. Cadangan penambahbaikan terhadap soalan.
·         Sumber dan soalan yang dipilih perlu dilampirkan.


D. Panduan Pelaksanaan Projek

1.         Tugasan ini adalah tugasan individu dan kumpulan (1 kumpulan =3 orang)
2.         Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul maklumat.
3.         Gunakan maklumat yang dikumpul sebagai bahagian utama isi tugasan taksiran kumpulan.
4.         Maklumat boleh dipaparkan dalam sebarang bentuk visual (grafik).
5.         Format penulisan tugasan adalah seperti berkut :
            i.          Fon Arial
            ii.          Saiz huruf ialah 12
            iii.         Langkau satu setengah baris
            iv.        Rujukan mengikut format APA
            v.         Lampiran
7.         Amalan plagiat tidak dibenarkan

8.         Tugasan ini membawa markah 100%, (kerja kumpulan 60% dan Individu 40%) dan wajaran 60%.

E. Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

1.         Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci
2.         Bukti-bukti bahan-bahan dan “citation” yang dapat menyokong hujah anda
           hendaklah dibuktikan.
3.         Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan
           sokongan ilmiah.
4.         Format dan isi laporan perlu jelas dan koheren.
5.         Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut :

    1. Pemahaman yang mendalam berkaitan Konsep pentaksiran, pengujian,
penilaian,Taksonomi Bloom,domain Krathwohl,Penilaian Bahasa,Kaedah
Penilaian Bahasa, Penilaian Kemahiran Bahasa,Penilaian Aktiviti Bahasa,Penilaian Pengalaman Pembelajaran,Penilaian Bahasa Berasaskan Projek, Penilaian Berasaskan Sekolah dan Penilaian Pengalaman Pembelajaran

6.         Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak
           tugasan (sekurang-kurangnya sumber daripada 3 buah buku, 3 internet, 3 jurnal dan 2
           bahan bercetak yang lain)

F. Kriteria Pemarkahan

Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pemarkahan yang disediakan. .
Markah kerja kumpulan akan diberikan berdasarkan kepada subtugasan1 manakala markah tugasan individu berdasarkan kepada subtugasan 2.


Tugasan disediakan oleh:                                                           Disahkan oleh



___________________                                                             ____________________

(MUHAMMAD KHAIRI MOHAMED NOR)                              (IBRAHIM BIN BAKAR)
Penyelaras  BMM3033E                                                            Ketua Jabatan
Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah                           Jabatan Pengajian Melayu                                                                                                                IPGKSAH   


Tarikh: 08 Julai 2014                                                              Tarikh:                                   


50 KATALOG ALAMAT INTERNET BERKAITAN BAHASA MELAYU
BIL
TAJUK
1
URL
SINOPSIS
Pembentangan kertas Ybhg. Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia
di Kongres Bahasa Dan Persuratan Melayu
Ke-Viii Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2011
“Bahasa Melayu Dalam Perkhidmatan Awam”

BIL
TAJUK
Bahasa Melayu Kuno
2
URL
SINOPSIS
Berkurun lamanya orang yang tinggal di alam Melayu ini hidup berkelompok tanpa berhubungan dengan kelompok yang lain. Mereka dipisahkan oleh gunung-ganang dan lautan yang luas. Walaupun pada mulanya mereka satu asal tetapi kerana terputusnya hubungan di antara satu kelompok dengan kelompok yang lain dalam masa yang sangat lama, maka setiap kelompok mengatur cara hidup dan menggunakan pertuturan mereka sendiri sesuai dengan keadaan alam dan keperluan hidup mereka masing-masing. Akibat keadaan inilah timbulnya suku bangsa dan bahasa yang terdapat di Indonesia dan pelbagai loghat/dialek bahasa Melayu di Tanah Semenanjung. 

BIL
TAJUK
Asal Usul Bahasa Melayu
3
URL
SINOPSIS
Artikel ini membincangkan mengenai asal usul bangsa Melayu, perkembangan bahasa Melayu, peralihan bahasa Melayu kuno ke Bahasa Melayu Klasik, Bahasa Melayu Klasik, Bahasa Melayu Moden.

BIL
TAJUK
Kata Homograf
4
URL
SINOPSIS
Artikel ini adalah mengenai definisi, contoh – contoh kata homograf, dan juga cadangan latihan. Pelbagai contoh bela, sepak, rending, semak, perang, sela, tekad,  selak, serak, perah, gelang, dan juga reda.

BIL
TAJUK
Soalan Karangan Pelbagai Jenis
5
URL
SINOPSIS
Artikel ini memberi latihan kepada calon SPM untuk mengarang jenis karangan keperihalan, fakta, cereka, imaginasi,  perbincangan, pendapat, ulasan, dialog, wawancara, laporan, ceramah, ucapan dan syarahan.

BIL
TAJUK
Mari Belajar Bahasa Melayu KBSR Tahap Dua
6
URL
SINOPSIS

BIL
TAJUK
Laman Web Khusus Untuk Belajar Bahasa Melayu
7
URL
SINOPSIS

BIL
TAJUK
Portal Rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia
8
URL
SINOPSIS
Rujukan dalam PRPM meliputi kamus Melayu dan Inggeris, istilah (Malaysia, Indonesia dan Brunei), ensiklopedia, puisi, bahasa sukuan (Sabah dan Sarawak), peribahasa, arkib khidmat nasihat DBP, tesaurus bahasa Melayu, kandungan laman WEB DBP dan kandungan laman WEB lain yang ditentukan oleh DBP

BIL
TAJUK
Teknik Membaca SQ3R
9
URL
SINOPSIS
SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telahdiperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia merupakansatu kaedah membaca yang memerlukan seseorangmempersoal kesesuaian maklumat yang terdapatdalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yangperlu diselesaikan.

BIL
TAJUK
Pemarkahan Karangan Umum Dan Karangan Upsr
10
URL
SINOPSIS
Kertas ini membincangkan secara ringkas PMM bagi karangan. Tumpuan perbincangan ialah pada aspek amali pemarkahan karangan. Beberapa contoh PMM karangan dikemukakan. Pemarkahan karangan peringkat sekolah rendah diberi perhatian istimewa dengan harapan kecemerlangan pendidikan bahasa kita semerbak sejak peringkat sekolah rendah lagi. Bagaimanapun, contoh-contoh PMM yang dikemukakan di sini tidak semestinya sama dengan PMM dalam ujian sebenar. Sebagai melengkapkan kertas ini, dibincangkan juga teknik memarkah, penyelarasan dan beberapa isu yang berkaitan dengan pemeriksaan karangan.

BIL
TAJUK
11
URL
SINOPSIS
Sekali lagi, karangan ialah gubahan fikiran. Gubahan fikiran yang ringkas ialah satu perkataan. Guru yang baik mengajarkan karangan secara bertatatingkat, iaitu menulis perkataan, frasa, satu ayat, beberapa ayat dan seterusnya beberapa perenggan. Maka wujudlah beberapa teknik. Antaranya termasuklah karangan berpandu, karangan terkawal dan mengarang secara bebas. Setiap teknik ini ada subtekniknya yang tersendiri. Mereka yang bergelar guru Bahasa Melayu di sekolah rendah mengetahui teknik ini dan berkemahiran mengendalikannya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Jadi, gunakanlah teknik yang bersesuaian dengan murid-murid cikgu.

BIL
TAJUK

Petua Penulisan Karangan Bahasa Melayu Sekolah Rendah UPSR

12
URL
SINOPSIS
Beberapa isi kandungan di dalam artikel ini telah diubahsuai dan dipermudahkan oleh Cikgu Amiene Rev berdasarkan sumber asal yang diperolehi menerusi:http://members.tripod.com/~skdarau/petua.html

BIL
TAJUK
13
URL
SINOPSIS
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara Malaysia menjadi mata pelajaran yang wajib diajarkan di sekolah rendah dan menengah.  Bagi menjamin keberkesanan mata pelajaran ini kepada para pelajar, maka tenaga pengajar perlu mengetahui teknik yang betul untuk mengajar mata pelajaran bahasa Melayu.

BIL
TAJUK
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
14
URL
SINOPSIS
Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Falsafah Pendidikan Negara. 

BIL
TAJUK
Pengajaran Pemulihan Dalam Bahasa Melayu Kedua: Siapa Dan Mengapa?
15
URL
SINOPSIS
Adalah lumrah apabila kita mengatakan bahawa kadar penguasaan atau daya pembelajaran antara seorang pelajar dengan pelajar lain adalah berbeza. Banyak faktor yang telah dikemukakan oleh para penyelidik pendidikan dan perkembangan mental mengenai perkara tersebut. Namun usaha untuk memulihkan ketidaksetaraan kadar penguasaan atau daya belajar ini masih belum berhasil kerana setiap pelajar menghadapi latar kehidupan, perkembangan
mental dan pertumbuhan fizikal yang berbeza.

BIL
TAJUK
Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Tahun 4 Bahasa Melayu
16
URL
SINOPSIS
Huraian Sukatan Pelajaran ini menjelaskan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Hasil pembeljaaran diperingkatkan kepada tiga aras, iaitu Aras 1 (aras asas), Aras 2 (aras sederhana), dan Aras 3 (aras cemerlang).

BIL
TAJUK
Teknik Drama Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu
17
URL
SINOPSIS
Pengajaran ialah satu usaha ke arah mempertingkat dan memperkembangkan potensi diri dari segi  intelek, rohani, emosi dan jasmani  seseorang individu. Pengajaran juga berupaya menambah kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman murid supaya dapat memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam kehidupannya. Ini akan membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang sihat bagi faedah diri dan masyarakat, bangsa dan negaranya

BIL
TAJUK
Teknik Perbincangan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
18
URL
SINOPSIS
Selain daripada kaedah pengajaran, teknik juga dapat membantu guru untuk menyampaikan pengajaran yang berkesan dalam sesuatu sesi pelajaran. Teknik yang digunakan hendaklah berharmoni dengan kaedah. Banyak teknik boleh digunakan oleh guru. Satu daripada teknik tersebut ialah teknik perbincangan. Wilga M. Rivers (1989:51) menyatakan bahawa perbincangan ke atas idea dan pendapat merupakan aktiviti pertuturan yang selalu diadakan dalam pengajaran bahasa. 

BIL
TAJUK
Pengajaran Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Bilik Darjah
19
URL
SINOPSIS
Program mengajar kemahiran berfikir secara formal kepada semua pelajar telah dilaksanakan sejak tahun 1992. Kita telah mencapai kejayaan yang terhad. Apa yang penting ialah kita harus belajar daripada pengalaman kita melaksanakan program tersebut selama ini dan berusaha memurni dan memantapkan proses pelaksanaan program tersebut sepaya ia mencapai matlamat sebenar mengajar kemahiran bahasa melayu ini.

BIL
TAJUK
Kaedah Pengajaran Membezakan Bentuk Dan Bunyi Huruf Yang Hampir Sama ( B Dan D )
20
URL
SINOPSIS
Modul ini disarankan untuk digunakan oleh guru-guru dalam memperkenalkan huruf-huruf yang hampir sama bentuk atau bunyinya seperti huruf b dengan d. Langkah –langkah yang dijalankan dalam modul ini mampu mempercepatkan proses pengenalan huruf ini dan mengandungi aktiviti-aktiviti yang  menarik dan berkesan.
Modul ini juga tidak memberatkan tugas guru di mana guru hanya memerlukan bahan-bahan asas dalam memperkenalkan huruf seperti kad huruf sahaja. Pengajaran ini dirangka  dengan mempelbagaikan penggunaan kad huruf di samping aktiviti yang melibatkan interaksi langsung murid-murid dengan huruf-huruf.

BIL
TAJUK
21
URL
SINOPSIS
Untuk memartabatkan bahasa Melayu perlulah dipergiat dari sekarang. Selain itu, semua pihak perlulah berganding bahu untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu tanpa mengira kaum. Sekiranya perkara ini tidak diberikan penekanan, ditakuti nanti bahasa Melayu akan dipinggirkan daripada menjadi bahasa utama yang juga menjadi bahasa rasmi negara kita. Jadi, marilah kita bersama-sama memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu agar bahasa ini akan terus berkembang dan ditingkatkan martabatnya dengan menguar-uarkan slogan “Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

BIL
TAJUK
Penulisan Bahasa Melayu
22
URL
SINOPSIS
Berdasarkan artikel ini dapatlah disimpulkan bahawa:
(a) Tulisan Melayu yang awal ialah Tulisan Rencong.
(b) Kesusasteraan Islam diperkenalkan kepada masyarakat Melayu melalui tradisi lisan sama ada disampaikan oleh mubaligh Islam mahupun oleh pencerita tempatan sebagai kesinambungan tradisinya yang terdahulu.
(c) Kesusasteraan Hindu yang masuk ke alam Melayu mula-mula menggunakan bahasa Sanskrit dan kemudian menggunakan bahasa Jawa Kuno (Kawi) di Pulau Jawa. Kesusasteraan ini diperkenalkan kepada masyarakat Melayu di luar Pulau Jawa melalui kesusasteraan lisan dengan menggunakan bahasa Melayu campur bahasa Jawa.

BIL
TAJUK
BML 4103 Sosiolinguistik Dan Pengajaran Bahasa Melayu
23
URL
SINOPSIS
Kursus ini khusus mengajarkan tatasosial untuk guru bahasa Melayu supaya mereka arif berbahasa Melayu di samping menguasai tababahasanya. Pendek kata, Malaysia terlibat di dalam semua peringkat perancangan bahasa, dan melakukan semua aktiviti yang dibincangkan di atas. Banyak kebaikan dan masalah yang turut timbul. Dalam hal ini Malaysia dapat menjadi satu model perancangan bahasa di dunia. Oleh itu proses-proses ini perlulah dicatatkan demi untuk memahami falsafah dan aktiviti yang dilakukan untuk memenuhi tujuan tersebut.

BIL
TAJUK
Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
24
URL
SINOPSIS
Penilaian yang dijalankan dari masa ke masa dapat meninkatkan motivasi pelajar untuk belajar lebih gigih bagi mendapatkan pencapaian terbaik mereka. Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang akan terus berusaha untuk mengekalkan prestasi mereka. Sebaliknya pelajar yang lemah akan dapat mengenalpasti kelemahan mereka dan berusaha memperbaiki kelemahan mereka.

BIL
TAJUK
Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta Di Negeri Sarawak
25
URL
SINOPSIS
Kajian pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di IPTS di negeri Sarawak merupakan sesuatu yang baru. Penemuan dalam kajian ini sedikit sebanyak membantu pengkaji bahasa untuk mengkaji daripada pelbagai aspek berkaitan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di IPTS di Malaysia khususnya. Hanya melalui ini sahaja, hasrat kita untuk menatarkan dan memantapkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu dalam kursus-kursus terpilih di IPTS dapat ditingkatkan.

BIL
TAJUK
Bahasa Malaysia Sekolah Rendah
26
URL
SINOPSIS
Artikel ini merangkumi pengajaran bagi pelajaran Tahun 1 hingga Tahun 6. Isi kandungannya termasuklah kefahaman 1, kefahaman 2, kata adjektif, kata hubung, teka silang kata, susun perkataan, simpulan bahasa 1, simpulan bahasa 2, uji minda 1, dan juga uji minda 2.

BIL
TAJUK
Pelaksanaan Komsas dalam pelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah: 
Satu Tinjauan
27
URL
SINOPSIS
Kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah sekali lagi mengalami perubahan setelah disemak semula selepas digunakan selama lebih 10 tahun semenjak penggubalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1987. Penyemakan kurikulum ini bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21 (Abdul Shukor 2000).

BIL
TAJUK
Sintaksis
28
URL
SINOPSIS
Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.

BIL
TAJUK
Susunan Unsur Ayat 
29
URL
SINOPSIS
AYAT ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa. Ayat mengandungi makna yang lengkap.  Pengucapan ayat dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna.  Dalam bentuk tulisan, ayat dimulai dengan huruf besar dan diakhiri dengan tanda baca titik.

BIL
TAJUK
Tatabahasa bahasa Melayu
30
URL
SINOPSIS
Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Para pelajar juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini kerana kedua-dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep. Sintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.

BIL
TAJUK
Ayat: Subjek & Predikat…?
31
URL
SINOPSIS
Ayat ialah susunan kata yang mengandungi maksud atau makna yang sempurna. Ayat yang sempurna mestilah mengandungi sekurang-kurangnya SATU subjek dan SATU predikat.
Subjek + Predikat = Ayat
Subjek + Predikat = Ayat Biasa
Predikat + Subjek = Ayat Songsang
Subjek = ialah benda atau perkara yang ingin diterangkan.
Predikat = ialah cerita atau perihal yang menerangkan subjek.

BIL
TAJUK
Susunan Ayat
32
URL
SINOPSIS
Ayat bukan sahaja dapat dilihat dari segi unsur yang mendirika ayat tetpi juga dari segi susunan unsur-unsur itu. Jika dilihat dari sudut ini, ayat terbahagi kepada dua bentuk, iaitu susunan biasa dan susunan songsang. Ayat susunan biasa ialah ayat yang mendahulukan subjek dan mengemudiankan predikat. Ayat-ayat dasar yang telah dibincangkan ialah ayat susunan biasa. Jika susunan biasa itu diubah dan predikat didahulukan, maka ayat demikian dikatakan ayat songsang. Pendepanan boleh melibatkan bahagian-bahagian tertentu pada predikat, iaitu frasa kerja, frasa adjektif, atau frasa sendi nama.

BIL
TAJUK
Perkataan pinjaman dalam Bahasa Melayu
33
URL
SINOPSIS
Tujuan kertas kerja ini merupakan percubaan untuk memahami masyarakat, kebudayaan dan sejarah Dunia Melayu mengandungi negara- negara Asia Tenggara seperti Malaysia,Singapura,Brunei dan Indonesia melalui analisa tentang unsur-unsur perkataan pinjaman dari bahasa luar dalam bahasa Melayu moden.

BIL
TAJUK
Kata Pinjaman Bahasa Arab Yang Sama Di Dalam Bahasa Inggeris Dan Bahasa Melayu: Satu Kajian Makna
34
URL
SINOPSIS
Semua bahasa meminjam perbendaharaan kata daripada  bahasa-bahasa lain. Bahasa Arab sebagai lingua franca agama Islam menyumbangkan perbendaharaan kata dan istilah kepada bahasa-bahasa yang dipertuturkan oleh masyarakat di Asia dan Afrika. Bahasa Inggeris dan bahasa Melayu merupakan dua bahasa yang mendapat manfaat daripada kata pinjaman bahasa Arab. Pengkajian ini bertujuan mengkaji sudut makna leksikal pada kata pinjaman bahasa Arab yang sama di dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

BIL
TAJUK
Senarai Kata Pinjaman Dari Bahasa Sanskrit Dalam Bahasa Melayu
35
URL
SINOPSIS
Artikel ini berkaitan tentang daftar kata-kata pinjaman dari bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu. Untuk penjelasannya silakan lihat artikel: Kata-kata pinjaman dari bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu dan bahasa Indonesia Moden.

BIL
TAJUK
Senarai Kaedah Pengejaan Istilah Pinjaman Bahasa Melayu
36
URL
SINOPSIS
Artikel ini merangkumi contoh vokal yang dipinjam dari bahasa asing seperti ae, aer, ai, ea, ee, ei, eo, eu, ia, ie, io, iu, oe, oi, oo, ou, ui, uo, uu, cc, cch, ch, rh, sc, th, cr, ng, ph dan banyak lagi.

BIL
TAJUK
Unsur-unsur Asing Dalam Bahasa Melayu
37
URL
SINOPSIS
Peminjaman usur-unsur bahasa (terutamanya perkataan) bahasa asing merupakan kelaziman.
Terdapat unsur-unsur asing dalam bahasa Melayu.
a. Tiada perkataan dalam bahasa Melayu dan keperluan memebrikan nama am atau khsusu kepada benda, perkara (fenomena)
b. Perkataan bahaas melayu belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing.
c. Kegemaran menggunakan bahasa asing.
d. Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding bahasa Melayu sedia ada yang mungkin sudah lapuk, atau kerana sikap mengaggungkan bahasa asing .Misalnya matematik menggantikan ilmu hisab.

BIL
TAJUK
Sejarah Perkembangan dan Asal Usul Bahasa Melayu
38
URL
SINOPSIS
Van Linschotten (sarjana Belanda yang banyak menulis hal ehwal Kepulauan Melayu, pada abad ke-18); Bahasa Melayu pada masa itu, bukan sahaja amat harum namanya juga dianggap bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa timur, dan bahawa orang yang tidak tahu akan bahasa Melayu di Kepulauan Melayu dapatlah dibandingkan dengan orang yang tidak tahu akan bahasa Perancis di negeri Belanda pada zaman itu.

BIL
TAJUK
Sejarah Bahasa Melayu
39
URL
SINOPSIS
Bahasa Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-akhir ini, nama “Bahasa Melayu” digunakan semula. Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum. Di Indonesia, bahasa Melayu juga dikenali sebagai Bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia iaitu Sumpah Pemuda tahun 1928. Di Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu tidak mengalami sebarang perubahan nama.

BIL
TAJUK
Variasi Bahasa
40
URL
SINOPSIS
Berdasarkan konteks yang umum, pengunaan bahasa dapat dibahagikan kepada bahasa formal dan tak formal. Contoh bahasa formal - Bahasa Baku dan Bahasa Diraja atau Bahasa Istana. Contoh bahasa tak formal - Bahasa mesra, bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa pasar, bahasa halus, bahasa kasar, bahasa dialek dan sebagainya. Bahasa formal dan bahasa tak formal dapat dibezakan dengan membandingkan ragam bahasa bebas dan bahasa terkawal, dan ragam bahasa mesra dan bahasa formal.

BIL
TAJUK
Kata Pinjaman DalamBahasa Melayu
41
URL
SINOPSIS
Dalam perkembangan Bahasa Melayu terdapat tiga tahaputama; Bahasa Melayu kuno, Bahasa Melayu klasik danBahasa Melayu Moden Bahasa Melayu kuno merupakan keluarga bahasaNusantara. Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abadke-13 iaitu pada zaman pemerintahan Srivijaya. Bahasa Melayu klasik berkembang pesat bermula dari abadke-13 dan digunakan dalam zaman pemerintahankerajaaan Melaka, Acheh dan Johor-Riau. Bahasa Melayu moden bermula pada abad ke-19 iaitusebelum penjajahan British.Tiga tahap utama perkembangan Bahasa Melayu mempunyai sifatnya yang tersendiri. Misalnya, B.M kuno terpengaruh dari Sanskrit dan Hindu, B.M klasik dari bahasa

BIL
TAJUK
Linguistik Melayu
42
URL
SINOPSIS
Linguistik Melayu memperkenalkan bidang linguistik yang begitu luas kepada para pembaca. Huraian dalam buku ini merangkumi keseluruhan aspek yang berkaitan dengan bidang linguistik Melayu atau kajian bahasa Melayu iaitu aspek teori, aplikasi dan antara disiplin. Dalam aspek teori, kandungan buku ini menghuraikan secara jelas topik yang berkaitan dengan fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik. Aspek aplikasi dan antara disiplin mencakupi bidang yang cukup luas termasuklah psikolinguistik, sosiolinguistik, linguistik sejarah, dialektologi, pengajaran bahasa, linguistik komputer, penterjemahan, linguistik forensik, neurolingiistik dan sebagainya.

BIL
TAJUK
Kajian Bahasa dan Linguistik Melayu di Malaysia (Bahagian 1)
43
URL
SINOPSIS
Sejarah kajian bahasa dan linguistik Melayu dengan pengertian yang luas, iaitu yang tidak terbatas oleh sempadan geopolitik, telah bermula di rantau Alam Melayu sejak abad ke-15 dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman itu, Dinasti Ming yang mempunyai hubungan akrab dengan kerajaan Melaka telah memerintahkan pegawainya menyusun kamus China-Melayu yang menampung 482 kosa kata tentang 17 bidang kehidupan di alama Melayu, iaitu astronomi, geografi, musim dan waktu, tumbuh-tumbuhan, unggas dan haiwan, rumah dan istana, alat perkakas, orang, peri laku, tubuh badan, pakaian, makanan dan minuman, kemasyarakatan dan sejarah, warna, hitungan, kata umum.

BIL
TAJUK
Sosiolinguistik dan Bahasa Melayu
44
URL
SINOPSIS
Sosiolinguistik dan Bahasa Melayu untuk pelajar sekolah menengah, maktab perguruan dan universiti ini dihasilkan untuk menjelaskan kepada seluruh lapisan pembaca tentang kajian sosiolinguistik dan bahasa Melayu. Judul yang termuat dalam buku ini tersusun mengikut bidang yang terdapat dalam sosiolinguistik. Kandungan langsung yang digarap dalam 12 bab ini bakal merungkai tentang persamaan dan perbezaanya. Bahasa Melayu yang terdiri dari pelbagai dialek dan ragam sebutan, perbendaharaan kata dan tatabahasa turut dikupas  oleh pengarang. Wujud variasi bahasa yang bermaksud bentuk bahasa yang berbeza bagi maksud yang sama. 

BIL
TAJUK
45
URL
SINOPSIS
Pameran Literasi Bahasa Melayu ini merupakan aktiviti yang wajib setelah selesai membuat bahan sumber mengajar dengan jayanya.  Pameran ini melibatkan semua pelajar PISMP Semester 2/2010 yang merangkumi kumpulan PISMP Bahasa Melayu, PISMP Pengajian Sosial, PISMP Bahasa Cina dan PISMP Pemulihan Bahasa Cina IPG Kampus Rajang. 

BIL
TAJUK
Teori Pemerolehan Bahasa
46
URL
SINOPSIS
·      Diasaskan oleh Ivan Pavlov( gunakan anjing sebagai subjek penyelidikan), dan Leonard Bloomfield.
·      Dikembangkan oleh Watson, Skinner dan Thorndike
·      Pembelajaran telah berlaku melalui perubahan tingkah laku manusia.
·      Permerolehan sesuatu perlakuan  terjadi melalui ulangan dan latih tubi.
·      Semua bentuk pembelajaran tidak ada kaitan dengan keupayaan mental.
·      Tingkah laku manusia adalah ditentukan oleh persekitaran dan pengalaman lampau mereka
·      Dalam proses pembelajaran, aliran ini menekankan kepentingan rangsangan dan tindak balas.
·      Penekanan kepada latihan yang berulang perlu diberikan perhatian.
·      Dalam P&P bahasa, aliran ini satu latihan.
·      Bahasa merupakan sesuatu yang hidup  dan berubah, perlu dipelajari dalam suasan lisan.
·      Latihan adalah perlu untuk membentuk kebiasaan dalam berbahasa.

BIL
TAJUK
Pandangan-Pandangan Teoritis Kaum Behaviorisme Tentang Pemerolehan Bahasa Pertama
47
URL
SINOPSIS
Teori Behaviorisme mengatakan bahwa peniruan sangat penting dalam mempelajari bahasa. Teori ini juga mengatakan bahwa mempelajari bahasa berhubungan dengan  pembentukan hubungan antara kegiatan stimulus-respon dengan proses penguatannya. Proses penguatan ini diperkuat oleh suatu situasi yang dikondisikan, yang  dilakukan secara  berulang-ulang. Sementara itu, karena rangsangan dari dalam dan luar mempengaruhi proses pembelajaran, anak-anak akan merespon dengan mengatakan sesuatu. Ketika responnya benar, maka anak tersebut akan mendapat penguatan dari orang-orang dewasa di sekitarnya. Saat proses ini terjadi berulang-ulang, lama kelamaan anak akan menguasai percakapan.

BIL
TAJUK
 Aktiviti Pratulisan Dan Tulisan Mekanis
48
URL
SINOPSIS
Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu peringkat pratulisan, peringkatmekanis dan peringkat untuk pelahiran. Peringkat pertama iaitu pratulisan adalahtempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapatmenulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini latihan otot-otot,tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberi kepada murid-murid dari awal-awal lagi. Bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan yang dirancangkan haruslahsistematik, bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti pratulisan yang berbentuk bebas.

BIL
TAJUK
 Bengkel Aktiviti Pratulisan
49
URL
SINOPSIS
Bengkel Aktiviti PratulisanMelaksanakan Aktiviti Pergerakan Jari, Tangan dan Mata.Penghasilan ABM bagi tajuk tersebut telah dibuat dalam memuatkan aktiviti yang melibatkanpergerakan jari, tangan dan mata. ABM yang dihasilkan adalah Papan Bentuk. Alat ini digandingkanbersama plastesin. Papan bentuk ni disediakan dengan pelbagai bentuk iaitu segi empat sama, segiempat tepat, bulat dan sebagainya. Objek pada Papan Bentuk dibina dalam beberapa tahapkesukaran bagi membolehkan murid menguasai kemahiran ini secara berperingkat dan seniasa majuke hadapan. Selain itu, nama-nama objek turut dipamerkan agar murid-murid dalam melihat,mengeja, dan menyebut. Plastesin digunakan untuk menghasilkan bentuk Papan Bentuk.

BIL
TAJUK
50
URL
SINOPSIS
Seseorang pelajar lazimnya terpaksa banyak membaca. Dalam konteks sekolah bestari, pelajar digalakkan mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber. Mereka membaca untuk pelbagai tujuan. Ada masanya mereka perlu membaca secara meluas atau ekstensif. Ada masanya pula mereka perlu membaca secara intensif atau mendalam. Untuk menjadi seorang pembaca yang berkesan, pelajar perlu menguasai dan mengamalkan beberapa teknik membaca. Oleh itu guru perlu membimbing pelajar pelajar menguasai teknik-teknik tersebut dari peringkat sekolah rendah lagi.