Literasi Bahasa Melayu




1.0
PENGENALAN
Peringkat prabacaan merupakan peringkat kesediaan murid-murid untuk membaca. Peringkat ini terdiri daripada pelbagai kemahiran yang menyediakan asas bacaan dalam kalangan murid-murid. Pada peringkat ini, murid belum lagi tahu membaca, menulis dan juga mengira. Oleh itu, proses prabacaan penting untuk memandu murid-murid supaya pandai membaca, menulis dan mengira. Pengamatan merupakan salah satu kemahiran yang boleh dikembangkan dan dipelajari oleh murid-murid. Terdapat tiga jenis pengamatan iaitu pengamatan penglihatan, pengamatan pendengaran dan pengamatan pergerakan tangan dan mata.
1.1
 
     PENGAMATAN PENGLIHATAN
1.1.0  DISKRIMINASI
Diskriminasi merupakan satu kebolehan membezakan bentuk, saiz, warna, huruf, bilangan dan perkataan. Contoh ;



1.1.1       INGAT KEMBALI
Ingat kembali merupakan satu kebolehan mengingat kembali apa yang diamati oleh seseorang individu. Antara strategi yang boleh dilaksanakan untuk proses mengingat kembali ini ialah menyediakan murid dengan bahan maujud, kemudian meminta murid menelitinya. Setelah itu, bahan maujud tersebut dialihkan daripada pandangan dan murid disuruh menyebut atau melukis kembali apa yang diamatinya.


1.1.2    ORIENTASI KEDUDUKAN
Orientasi merupakan satu kebolehan membezakan kedudukan sesuatu huruf, nombor dan sesuatu susunan gambar. Contohnya, dapat membezakan kedudukan wisel yang salah kedudukannya.


1.1.3    TURUTAN
Turutan merupakan satu kebolehan untuk mengingat kembali sesuatu mengikut susunan yang betul.  Contohnya biji benih kacang hijau akan bercambah mengikut turutannya yang betul.



1.1.4    MENYUDAHKAN ATAU MELENGKAPKAN
Menyudahkan atau melengkapkan merupakan kebolehan untuk mengenal sesuatu benda, nombor, objek, perkataan atau ayat. Contohnya, melengkapkan perkataan yang tidak lengkap hurufnya.

1.1.5    MENYALIN
Menyalin merupakan satu kebolehan menyalin sesuatu bentuk, huruf, nombor, perkataan atau ayat. Contohnya, menyalin ayat ringkas seperti di bawah.
Itu kucing.
Kucing itu comel.
 

1.1.6    RAJAH LATAR BELAKANG
Rajah latar belakang merupakan kebolehan menentukan sesuatu seperti bentuk, huruf, nombor pada latar belakang sesuatu gambar atau rajah seperti contoh di bawah ini.



1.1.7    KOORDINASI MOTOR MATA DAN TANGAN
Koordinasi motor mata dan tangan merupakan suatu kebolehan untuk menyelaraskan pergerakan motor tangan dan mata. Contohnya, aktiviti menyambungkan keretapi ini untuk melatih koordinasi motor tangan dan mata.



1.1.8    KETETAPAN BENTUK/KEDUDUKAN DALAM RAJAH
Ketetapan bentuk atau kedudukan dalam rajah merupakan suatu kebolehan mengetahui sesuatu bentuk, huruf atau nombor yang mempunyai bentuk yang tetap dan tidak akan berubah bentuknya dalam mana-mana keadaan. Contohnya, murid dapat mengenal gambar pisang walaupun berada dalam kedudukan apa sekali pun.



1.1.9    GAMBAR BERSIRI
Gambar bersiri merupakan suatu kebolehan murid untuk mengikut cerita dari satu babak ke babak yang lain dengan betul dan tersusun.



1.1.10                         PEMBALIKAN BENTUK
Pembalikan bentuk merupakan suatu kebolehan membezakan bentuk asal sesuatu huruf, nombor, perkataan dan gambar. Contohnya, bentuk asal rumah dapat dikenal pasti oleh murid selepas gambar rumah tersebut diterbalikkan.

1.1.11                         MAZING/MENCARI JALAN KELUAR
Mazing merupakan suatu kebolehan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya, mencari jalan keluar dalam permainan mazing ini.


1.1.12                         BENDA TERSEMBUNYI
Mencari benda tersembunyi merupakan suatu kebolehan menyelesaikan sesuatu masalah yang abstrak dan yang sukar dikenal pasti. Contohnya, mencari benda tersembunyi di dalam gambar seperti rajah di bawah.



1.2
 
PENGAMATAN PENDENGARAN
Pengamatan pendengaran adalah suatu kebolehan murid dalam mendengarkan sesuatu bunyi. Antara aktiviti yang boleh dijalankan dalam pengamatan pendengaran ialah :
·         Meneka sesuatu bunyi sama ada bunyi haiwan, objek dan lain-lain
·         Meneka arah sesuatu bunyi
·         Mengajuk sesuatu bunyi
·         Meneka sesuatu nada bunyi sama ada rendah, tinggi  atau nyaring.
1.3
 
PERGERAKAN TANGAN DAN MATA
1.3.0  JAHITAN
Jahitan merupakan aktiviti yang bertujuan melatih pergerakan otot tangan dan mata untuk mendapatkan sesuatu objek/gambar yang dikehendaki.
            Contohnya, murid perlu menyambungkan kereta api mengikut susunan yang betul. Untuk menyambungkan kereta api itu, murid perlu menggunakan koordinasi tangan dan juga mata.





1.3.1    MEMBENTUK
Untuk aktiviti membentuk, murid perlu menggunting gambar-gambar mengikut bentuknya yang betul.




1.3.2    SAMBUNG TITIK
Untuk aktiviti menyambung titik ini, murid perlu menyambungkan titik bagi mendapatkan bentuk atau objek yang dikehendaki.





1.4
              
                   PELAKSANAAN AKTIVITI
1.4.0  MELAKSANAKAN AKTIVITI PENGAMATAN PENGLIHATAN
Beberapa aktiviti berkenaan diskriminasi dijalankan bagi menguji pengamatan penglihatan murid-murid dalam pelbagai aspek termasuklah saiz, warna dan bentuk.
AKTIVITI                      : DISKRIMINASI YANG GANJIL (BILANGAN)
PERUNTUKAN MASA : 15 MINIT
PELAKSANAAN          :
1.      Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 3 atau 4 orang murid dalam satu kumpulan.
2.      Guru menunjukkan gambar-gambar objek yang sama bentuk serta bilangan dan salah satu gambar lagi berlainan dari segi bilangan.
3.      Murid-murid berbincang sesama ahli untuk mengenal pasti perbezaan gambar iaitu dari segi bilangan.
4.      Seorang wakil murid dari kumpulan yang terpilih dikehendaki ke hadapan dan memilih gambar yang ganjil dari gambar-gambar yang lain.

 
AKTIVITI                      : SAYA BESAR, DIA KECIL
PERUNTUKAN MASA : 10 MINIT
PELAKSANAAN          :
1.      Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 3 atau 4 orang murid dalam satu kumpulan.
2.      Guru menunjukkan beberapa gambar yang sama tetapi dalam pelbagai saiz.
3.      Murid -murid berbincang sesama ahli untuk mengenal pasti dua gambar yang sama saiz.
4.      Seorang wakil murid dari kumpulan yang terpilih dikehendaki ke hadapan dan membulatkan dua gambar yang sama saiz.


 








AKTIVITI                      : PANJANG ATAU PENDEK
PERUNTUKAN MASA : 10 MINIT
PELAKSANAAN          :
1.      Murid- murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 3 atau 4 orang murid dalam satu kumpulan.
2.      Guru menunjukkan gambar garisan yang mempunyai panjang yang  berbeza.
3.      Murid-murid berbincang sesama ahli untuk mengenal pasti garisan yang pendek dan mewarnakan  pada lembaran aktiviti yang dibekalkan.
4.      Seorang wakil murid dari kumpulan yang terpilih dikehendaki ke hadapan dan memilih garisan yang pendek untuk diwarnakan.

 










AKTIVITI                      : DISKRIMINASI BENTUK
PERUNTUKAN MASA : 20 MINIT
PELAKSANAAN          :
1.      Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 3 atau 4 orang murid dalam satu kumpulan.
2.      Guru menampal sekeping kad manila yang dilukis dengan
bentuk berbeza secara bertindih.
3.      Murid- murid dikehendaki mewarnakan bentuk yang dikehendaki.

 





AKTIVITI                      : INGAT KEMBALI
PERUNTUKAN MASA : 10 MINIT
PELAKSANAAN          :
1.      Murid-murid dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan yang terdiri daripada 3 atau 4 orang murid dalam satu kumpulan.
2.      Guru menampal gambar yang mempunyai bentuk yang berbeza. Sebagai contoh bentuk segi tiga dan bulat)
3.      Murid-murid diberi masa selama 10 saat untuk memerhatikan gambar tersebut.
4.      Selepas 10 saat gambar tersebut ditanggalkan / ditutup.
5.      Murid-murid diberi masa selama 2 minit untuk melukis gambar yang ditunjukkan sebentar tadi mengikut susunan yang betul.
6.      Seorang wakil murid dikehendaki ke depan untuk
melukis gambar yang dipaparkan mengikut susunan
yang betul.
7.      Langkah 2-6 diulang semula dengan menambahkan
bilangan gambar  yang  berbeza susunan menjadi
3 gambar dan kemudiannya 4 gambar.



 











AKTIVITI                      : SELAMATKAN AKU PUTERA RAJA
PERUNTUKAN MASA : 10 MINIT
PELAKSANAAN          :
1.      Setiap murid dibekalkan dengan lembaran yang mengandungi gambar rajah bagi permainan Mazing.
2.      Aktiviti dimulakan dengan penceritaan tentang seorang Putera Raja yang kehilangan Puterinya.
3.      Murid-murid dikehendaki menolong Putera Raja mencari jalan untuk menyelamatkan Puterinya dengan menyelesaikan Mazing tersebut.
4.      Seorang wakil murid diminta ke hadapan kelas untuk menyelesaikan Mazing tersebut.


 
Aktiviti Pertama
·         Diskriminasi
















1.4.1  MELAKSANAKAN AKTIVITI PENGAMATAN PENDENGARAN
AKTIVITI                      : SIAPAKAH SAYA?
PERUNTUKAN MASA : 10 MINIT
PELAKSANAAN          :
‘Siapakah saya’ merupakan aktiviti yang memerlukan murid-murid mendengar dan mengenal pasti rakaman bunyi binatang yang dimainkan, kemudian menyatakan gambar yang padan dengan bunyi yang dimainkan. Aktiviti ini memberi peluang kepada murid untuk berlatih berfikir tentang bunyi apa yang sedang dimainkan. Gambar-gambar dan bunyi-bunyi yang menarik, menambahkan lagi minat murid untuk fokus kepada tajuk. Guru juga dapat mengenal pasti murid yang lemah dalam sistem pendengarannya sebelum belajar untuk membaca.
1.      Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 3 atau 4 orang murid dalam satu kumpulan.
2.      Guru menampal gambar-gambar haiwan yang berbeza pada papan putih seperti gambar katak, ayam, itik dan sebagainya dan memperkenalkan haiwan-haiwan tersebut kepada murid-murid.
3.      Guru memainkan rakaman bunyi salah satu haiwan yang ditunjukkan.
4.      Murid-murid diberi masa selama 1 minit untuk berbincang sesama ahli kumpulan bagi mengenal pasti bunyi tersebut.
5.      Salah seorang wakil dari kumpulan terpilih dikehendaki tampil ke hadapan dan menunjukkan gambar haiwan yang padan dengan bunyi yang dimainkan.
6.      Langkah-langkah 3 hingga 5 diulang semula dengan memainkan rakaman bunyi haiwan yang lain pula.
 


           
















AKTIVITI                      : TIN OH TIN
PERUNTUKAN MASA : 10 MINIT
PELAKSANAAN          :
Aktiviti ‘Tin Oh Tin’ merupakan aktiviti yang memerlukan murid mengenal pasti arah bunyi tin yang diketuk dalam  keadaan mata tertutup.
1.      Murid-murid duduk dalam bulatan.
2.      Seorang murid dipilih untuk duduk di tengah.
3.      Murid yang berada di tengah bulatan dikehendaki menutup mata.
4.      Beberapa murid yang duduk di dalam bulatan dikehendaki mengetuk tin.
5.      Murid yang berada di tengah bulatan harus meneka arah bunyi ketukan tersebut.
6.      Tin diserahkan kepada murid yang berbeza untuk hasilkan bunyi arah ketukan yang berlainan.
7.      Murid lain dipilih untuk berada di tengah bulatan.

 


           








1.4.2  MELAKSANAKAN AKTIVITI PERGERAKAN TANGAN DAN MATA
AKTIVITI                      : PUTERA BELUNCAS
PERUNTUKAN MASA : 10 MINIT
PELAKSANAAN       :
Putera Beluncas merupakan aktiviti yang memerlukan murid-murid menyambung kepingan kad bergambar seekor ulat beluncas yang dilubangkan. Kad-kad tersebut disambung dengan menggunakan tali atau benang. Setelah selesai menyambung, kepingan kad  tadi akan menjadi seekor Putera Ulat Beluncas berbentuk  kad yang bersambung-sambung. Aktiviti ini melatih pergerakan tangan murid terhadap apa yang dilihat.
1.      Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 3 atau 4 orang murid dalam satu kumpulan.
2.      Setiap kumpulan dibekalkan dengan kepingan kad gambar Putera Beluncas dan juga benang atau  tali.
3.      Guru membuat tunjuk cara menyambung kepingan kad tersebut dengan benang atau tali
4.      Murid-murid berbincang dan bekerjasama sesama ahli kumpulan bagi menyambung kepingan kad tersebut dengan benang  atau tali yang yang disediakan


 


           









AKTIVITI                      : BENTUKKAN AKU
PERUNTUKAN MASA : 10 MINIT
PELAKSANAAN          :          
Aktiviti “Bentukkan Aku” ini merupakan aktiviti yang memerlukan murid -murid menggunting gambar mengikut garisan supaya gambar yang digunting menjadi lebih kemas. Aktiviti ini melatih motor halus murid bagi penyediaan aktiviti menulis.
1.      Setiap murid dibekalkan dengan helaian kertas yang mengandungi gambar-gambar objek yang berbeza.
2.      Murid-murid juga dibekalkan dengan gunting.
3.      Murid- murid dikehendaki menggunting gambar-gambar tersebut dengan kemas.

 


           













AKTIVITI                      : SAMBUNGKAN SAYA
PERUNTUKAN MASA : 10 MINIT
PELAKSANAAN          :              
Aktiviti ‘Sambungkan Saya’ ini merupakan aktiviti yang memerlukan murid-murid menyambungkan titik-titik dengan betul bagi menghasilkan sebuah gambar pemandangan yang sempurna. Aktiviti ini juga bertujuan untuk melatih motor halus murid bagi penyediaan aktiviti menulis.
1.      Murid-murid dibekalkan dengan helaian kertas yang mempunyai gambar objek dalam bentuk titik – titik.
2.      Murid-murid dikehendaki menyambung titik-titik tersebut dengan betul supaya dapat menghasilkan gambar yang sempurna.

 


           









1.5
 
                RUMUSAN
Aktiviti-aktiviti prabacaan perlu dilaksanakan dengan  pendekatan yang berterusan dan kreatif supaya dapat menarik minat murid-murid untuk belajar khususnya persediaan untuk membaca. Justeru, sebagai seorang guru, kita haruslah sentiasa mencuba untuk memperbaharui kaedah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan ketiga-tiga kemahiran iaitu kemahiran penglihatan, pendengaran dan pergerakan tangan dan mata. Hal ini kerana konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiran membaca secara khusus dan berterusan.
1.6  DOKUMENTASI

















No comments:

Post a Comment