Bahan Pengajian Melayu

Semantik dan Pragmatik

Semantik


Semantik ialah bidang yang mengkaji selok-belok makna. Oleh sebab, makna merupakan ciri semua sistem lambang, maka pada kebiasaannya makna mengandungi bidang gunaan yang lebih luas daripada hanya terhadap bahasa. Kebanyakan ahli bahasa pada hari ini memberikan keutamaan kepada suatu penghuraian makna yang formal serta menurut keperihalan (contextual) dan ini memanglah lebih berguna kepada seorang guru yang mengajar. Secara intuitif,bidang makna boleh digunakan sebagai rujukan (cross-reference) pada setengah - setengah tempat dalam sesuatu penyelidikan tetapi penghuraiannya hendaklah pula dilaksanakan dengan berdasarkan kepada bentuk. Seluruh penyelidikan sebaik - baiknya tunduk kepada konsep 'form underlies meaning'.

Antara lain yang disentuh oleh bidang ini ialah persoalan tentang perbezaan antara makna tatabahasa dan makna kamus (leksis), penentuan perkataan-perkataan seerti (synonyms) dan perkataan-perkataan yang berlainan erti (antonyms) dengan berdasarkan kepada kategori makna yang berlainan yang dibawa oleh kedua-dua jenis perkataan itu, dan sifat-sifat makna dalam struktur ayat menurut analisis kandungan kategori - kategori makna itu, serta penubuhan konsep makna sintaksis dalam analisis sesuatu bahasa secara keseluruhan, dan selainnya lagi. Sebenarnya mempelajari sistem bahasanya dengan kadar pencapaian yang tertentu dan sebagainya. Walau bagaimanapun, soal-soal mengenai bagaimana seseorang kanak-kanak mempelajari 'kebijaksanaan' bahasa di sekitar alam sekelilingnya masih belum dapat diselesaikan oleh bidang penyelidikan setakat ini. Sebagai kesimpulannya, psikolinguistik ialah bidang yang membahaskan hal-hal tentang penguasaan bahasa, iaitu dengan mencari jawapan bagaimana bahasa itu dapat dikuasai oleh kanak-kanak dan orang dewasa.


Pragmatik

Pragmatik ialah cabang ilmu linguistik yang mengkaji hal-hal yang merangkumi struktur bahasa sebagai alat perhubungan sama ada antara penutur dan pendengar atau penulis dan pembaca. Di samping itu, sebagai pengacuan simbol-simbol bahasa pada hal-hal ekstralingual. Menurut Hashim Musa dan Ong Chin Guan (1998: 81) pragmatik ialah teori yang berkait dengan interpretasi ujaran. Tegasnya, hal ini bermakna pragmatik dimanfaatkan untuk menginterpretasi ujaran yang kabur atau taksa, ujaran yang mengalami pengguguran kata kerja atau kata adjektif atau kata yang elipsis dan sebagainya. Walau bagaimanapun, Kamus Linguistik (1997: 192) memerikan perihal pragmatik dalam dua perspektif. Yang pertama, pragmatik yang ditinjau dalam semiotik ialah pengkajian tentang bagaimana tanda dan lambang digunakan oleh manusia untuk berhubung dalam bahasa tertentu. Manakala yang kedua adalah dalam linguistik moden, iaitu pragmatik ialah pengkajian bahasa dari sudut pandangan pengguna, terutama pemilihan yang dibuat, kekangan yang dihadapi ketika menggunakan bahasa dalam interaksi sosial, dan kesan penggunaan bahasa terhadap peserta lain dalam lakuan komunikasi. Menurut George Yule (1997:3) pragmatik ialah kajian makna, yang melibatkan penyampai dan penerima yang terdiri daripada pengucap dan pendengar atau penulis dan pembaca. Tegasnya, pengucap atau penulis berperanan menyampaikan maklumat sama ada memberitakan, menyatakan, memaklumkan, memberitahu, menjelaskan, mengarahkan, memerintah, menyuruh, menanyakan, menyeru, mengulas, mengkritik, menyimpul atau mengingatkan sesuatu kepada pendengar. Manakala, pendengar atau pembaca ialah individu yang bertanggungjawab membuat interpretasi bunyi atau tafsiran sebutan, atau perkataan, frasa, klausa, ayat atau wacana atau membuat analisis maklumat berasaskan sesuatu perkara atau data yang didengarnya daripada orang lain yang mengujarkannya atau yang menuturkannya secara langsung (lisan) atau secara tidak langsung (rakaman) atau membuat tafsiran bagi bahan atau data yang dibacanya. Hal ini bermakna skop yang menyentuh bidang pengkajian pragmatik ialah bidang kajian yang berhubungan dengan sesuatu yang dimaksudkan oleh penyampai.





Linguistik

PENGENALAN LINGUISTIK
Kenapakah linguistik dikatakan sebagai kajian bersifat saintifik? Kajian ini dikatakan
saintifik kerana cara-cara yang digunakan bersifat empirikal, berdasarkan apa yang dilihat,
dirasa dan didengar, yang mengetepikan unsur-unsur sentimen dan prasangka. Hal ini
bermakna pengkaji mesti akur pada:
�� Penggunaan eksperimen yang terkawal.
�� Pegangan unsur-unsur keobjektifan.
�� Penyebaran hasil kepada umum supaya dapat disahkan kebenarannya oleh orang
lain.
1.1.1 Cabang-cabang Lingusitik
Tahukah anda bahawa ilmu linguistik mempunyai berbagai-bagai cabang yang berkaitan
erat antara satu sama lain. Antara cabang linguistik itu adalah seperti yang disenaraikan di
bawah:
�� Linguistik umum
�� Linguistik deskriptif
�� Linguistik perbandingan
�� Linguistik sejarah
�� Linguistik terapan.
(a) Linguistik Umum
Linguistik umum ialah ilmu yang membicarakan bidang linguistik secara am termasuklah
ilmu bahasa yang dikatakan sebagai lambang yang terdiri daripada deretan bunyi yang
diucapkan oleh alat-alat pertuturan atau alat artikulasi manusia yang terdiri daripada lidah,
anak tekak, lelangit, bibir, gusi dan lain-lain. Jadi, linguistik umum ialah disiplin yang
memperkatakan kajian bahasa secara ilmiah dan saintifik.
(b) Linguistik Deskriptif
Linguistik deskriptif pula ialah ilmu linguistik yang memerihalkan sesuatu bahasa dari
segala segi pada suatu jangka masa yang tertentu, berdasarkan bahan-bahan yang
terdapat pada waktu itu. Bahan utama dalam kajian itu ialah lisan atau pertuturan yang
diperoleh daripada penutur jati. Bahasa tulisan juga termasuk sebagai bahan kajian. Oleh
yang demikian, linguistik deskriptif adalah pemeri struktur sesuatu bahasa sebagaimana
kewujudannya. Bidang yang termasuk dalam kajian linguistik deskriptif ialah fonologi
(kajian tentang bunyi), morfologi (kajian tentang kata dan pembentukannya) dan sintaksis
(kajian tentang ayat). Bidang-bidang inilah yang dikaji secara saintifik. Selain itu, linguistik
deskriptif juga dikenali sebagai kajian bahasa secara sinkronik, iaitu kajian mengenai
bahasa yang tertentu, pada sesuatu tempat yang tertentu, dituturkan oleh suatu golongan
yang tertentu dan pada masa atau zaman yang tertentu juga.
(c) Linguistik Perbandingan
Linguistik perbandingan atau linguisitik komparatif membuat perbandingan antara
beberapa bahasa yang difikirkan mempunyai hubungan dari sudut sejarah. Oleh sebab
itu, linguisitik komparatif juga boleh menumpukan kajian kepada aspek sebutan, perkataan
dan ayat di antara beberapa bahasa yang dikaji itu. Contohnya, mengkaji bahasa bahasa
di Nusantara atau di Kepulauan Melayu.
(d) Linguistik Sejarah
Linguistik sejarah atau historis ialah disiplin linguistik yang bersangkutan dengan
perkembangan sesuatu bahasa, iaitu dari zaman awal kemunculannya hinggalah ke suatu
tahap yang tertentu. Dengan kata lain, pakar linguis historis membuat kajian secara
historis, misalnya peringkat untuk memperoleh data, maka kajian akan dilakukan secara
sinkronik. Selepas seseorang pakar berpuas hati dengan dapatan kajian secara sinkronik
maka kajian secara diakronik akan dijalankan, iaitu membuat perbandingan antara
beberapa zaman untuk melihat perbezaan, menentukan perubahan dan perkembangan
yang berlaku dalam bahasa tersebut. Perbandingan boleh dibuat dari pelbagai segi,
seperti fonologi, morfologi, sintaksis, makna, ejaan, sistem tulisan, dan sebagainya.
(e) Linguistik Terapan
Linguistik terapan atau linguistik aplikasi pula ialah bidang linguistik yang menerangan
bagimana ilmu ini dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa pertama
dan bahasa kedua. Oleh demikian, disiplin fonologi, fonemik, morfologi, dan sintaksis
(linguistik deskriptif) sangat penting dalam penerapan ilmu bahasa.
Terdapat beberapa tokoh linguistik yang di dalam kelima-lima cabang tersebut. Tokoh
tokoh linguistik ini wujud sejak zaman tamadun Greek dan Sanskrit. Pada zaman ini tokoh
yang terkenal ialah Socrates, Plato, Aristotle, Stoics, Thras, Priscian dan Donatus yang
menjalankan kajian di dalam bahasa Yunani dan Romawi. Panini dan Bopp pula
menonjolkan diri mereka dengan kajian yang dijalankan di dalam bahasa Sanskrit.
Di dalam abad ke-18 dan ke-19 pula muncul D. Jenish melalui bukunya Philosophisch –
kritische vergleichung und wurdigung von vierzehn altern und neuern sprachen Europens
(1976) yang telah menjelaskan sifat-sifat bahasa. Rask dan Grimm pula mengkaji ilmu
tatabahasa perbandingan. Mereka mempunyai pengaruh yang kuat kepada pengkaji
terkemudian. Rask mempunyai kekuatan dalam kajian linguistik sejarah. Beliau
mengkajinya dari sudut etimologi (asal usul bahasa).
Selepas itu, wujud pula pengkaji bahasa yang lebih terkemuka seperti Ferdinand de
Saussure, Leonard Bloomfield, Reymond Firth dan Noam Chomsky. Ferdinand De
Saussure dimasukkan ke dalam golongan tradisional dan golongan moden. Beliau telah
mengasingkan dua istilah terpenting di dalam kajian bahasa, iaitu langue (bahasa) dan
parole (pertuturan). Hasil kajian beliau yang terkenal ialah Course of General
Linguistics. Bloomfield pula terkenal dengan karangannya yang berjudul Language
pada tahun 1933 yang terkenal dengan analisis ayat. Reymond Firth dan Malinowski pula
menghasil teori makna juga tentang keperihalan keadaan atau (Context). Firth telah
menggunakan kesempatan yang sedia ada untuk mengkaji ciri-ciri prosidi, tekanan, nada
suara, intonasi, dan sebagainya.
Tidak lama kemudian muncul pula Noam Chomsky yang mengasaskan penghuraian
bahasa berdasarkan nahu Transformasi Generatif (TG). Tatabahasa TG ini mempunyai
pengaruh yang kuat di dalam perkembangan kajian tatabahasa. Di negara kita juga
banyak ahli bahasa yang menyetujui pendapat Chomsky. Tatabahasa TG ini telah
berkembang dengan pesat dan ekorannya lahir banyak pengikut setia Chomsky yang
mengkaji aspek aspek fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.


Kata Tugas (Kata Hubung)

Kata Tugas

Kata Hubung
Binaan kata hubung gabungan dari segi sintaksis :
• Hashim Haji Musa menjelaskan bahawa apabila ayat setara dicantumkan oleh kata hubungan gabungan, maka ayat itu dikenali sebagai ayat majmuk gabungan.
• Rumus tidak membenarkan kata hubungan gabungan berada di depan atau di belakang ayat bagi mewujudkan ayat majmuk yang gramatis.

Binaan kata hubung gabungan dari segi semantik :
• Menurut Asmah Haji Omar, kata hubung gabungan ‘dan’ apabila digunakan akan membawa makna lanjutan cerita daripada klausa pertama manakala ‘tetapi’ mempunyai makna ‘perlawanan’ kerana mengandingkan proposisi.

Isu penggunaan kata hubung gabungan ‘dan’ dan ‘tetapi’ di awal ayat :
• Berdasarkan rumus dan teori kata hubung gabungan yang diberikan oleh penahu-penahu bahasa Melayu jelas menunjukkan bahawa kata hubung digunakan untuk menyambung dua atau lebih sama ada perkataan, frasa, klausa ataupun ayat.
• Namun, ada sesetengah penutur jati bahasa Melayu menggunakan kata hubung gabungan ‘dan’ , ‘tetapi’ di awal ayat.
• Mohd Ra’in Shaari telah mengambil contoh penggunaan kata hubung gabungan ‘dan’, ‘tetapi’ melalui tiga sumber yang berlainan iaitu Sulalatus Salatin, Mingguan Malaysia dan Berita Harian.
• Contoh Sulalatus Salatin : Dan Ialah Tuhan yang abadi, lagi sentiasa ada-
Nya dan tiada satu jua pun kemudian. (hlm. 1)
• Contoh Mingguan Malaysia : Dan dalam era ICT pervasif sekarang ini,
ancaman terbesar ialah daripada gejala
serangan siber dan pengodam sistem yang
boleh melumpuhkan sesebuah sistem yang
dikawal sepenuhnya secara digital. (20
januari 2002, hlm. 28)
• Berdasarkan contoh di atas, ayat tersebut tidak gramatis dan bersifat lewah kerana kata hubung digunakan sebanyak dua kali. Kata hubung pertama tidak membawa apa-apa makna dari segi sintaksisnya. Namun dari segi semantiknya, ‘dan’ di hadapan ayat membawa makna tertentu seperti penegasan atau urutan perkara yang ingin ditegaskan.
• Selain tanda penegasan, kata hubung gabungan juga boleh mendukung fungsi sebagai penanda transisi iaitu sebagai penanda pemisah antara isi, perenggan atau teks.
• Jika kata hubung gabungan digunakan di hadapan ayat dalam satu-satu perenggan, ia akan membawa penanda transisi antara isi-isi kecil dengan isi utama.
• Jika kata hubung gabungan digunakan pada awal perenggan, ia bermaksud sebagai penanda transisi antara perenggan yang mempunyai pertautan.

No comments:

Post a Comment