Sebuah paparan yang membolehkan pelajar mengakses maklumat mengenai Pengajian Melayu di IPG
Sunday, August 17, 2014
Sunday, July 20, 2014
Pengaruh Asing Dalam Bahasa Melayu
http://cikgunoorsinah.blogspot.com/2013/05/pengaruh-bahasa-asing-dalam-bahasa.html
Sunday, July 13, 2014
Bahasa Melayu Moden
http://cikgunoorsgi.blogspot.com/search/label/Bab-4.Bahasa%20Melayu%20Moden
sebuah paparan yang banyak membincangkan mengenai Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu
sebuah paparan yang banyak membincangkan mengenai Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu
Saturday, July 5, 2014
Biodata
Muhammad Khairi Mohamed Nor
Pensyarah Cemerlang
Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
Sungai Petani
emel:khairimn@yahoo.com
HP:0134282758
Pensyarah Cemerlang
Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Sultan Abdul Halim
Sungai Petani
emel:khairimn@yahoo.com
HP:0134282758
Tugasan Pentaksiran BM BMM3033E) 2014
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL
HALIM
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
TUGASAN PROJEK |
TAJUK PROGRAM : PISMP
|
|
NAMA GURU PELATIH :
|
||
|
|
|
||
TAJUK KURSUS : Pentaksiran Bahasa
Melayu
Sekolah
Rendah
KOD KURSUS : BMM 3033E
|
|
SEMESTER : 6
(Ambilan Januari 2012)
|
||
|
|
|||
TARIKH MULA
|
9 Julai 2014
|
TARIKH HANTAR |
20 Ogos 2012
|
|
|
|
|||
1.
Menghuraikan konsep
pentaksiran, pengujian, dan penilaian.
2.
Menjelaskan taksonomi Bloom,
dan domain Krathwohl.
3.
Membina jadual spesifikasi
ujian dan soalan ujian Bahasa Melayu;
4.
Menilai dan memilih jenis dan
kaedah penilaian kemahiran bahasa dan sistem bahasa Melayu dan melaksanakan
pemarkahan ujian Bahasa Melayu.
Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2, 3 dan 4
B. Objektif Projek
1. Menghuraikan konsep
pentaksiran, pengujian, dan penilaian dalam bentuk grafik.
2. Menjelaskan taksonomi
Bloom, dan domain Krathwohl dalam pentaksiran bahasa
Melayu Sekolah Rendah.
3. Membuat ulasan kritis
soalan Bahasa Melayu tahun 5.
C. Tugasan Projek (100%: Wajaran 60%)
Pentaksiran
dan penilaian hendaklah dianggap
sebagai sebahagian daripada
proses
pengajaran dan pembelajaran, bukannya semata-mata dijalankan melalui ujian dan
peperiksaan sahaja. Ia merupakan satu proses pengumpulan maklumat berkenaan
dengan kemajuan dan prestasi pelajar. Di
peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah penilaian digunakan untuk mendapatkan
maklumat tentang kemajuan dan pencapaian pelajar.
Bahagian A:
1. Berdasarkan pernyataan di atas,
buat pembacaan dan kumpulkan maklumat berkaitan dengan tajuk berikut:
- Konsep pentaksiran, pengujian, penilaian
- Taksonomi Bloom, dan domain Krathwohl
- Jadual Spesifikasi Ujian
- Jenis Penilaian Bahasa
- Pembinaan Ujian
- Kaedah Penilaian Bahasa
- Penilaian Kemahiran Bahasa
- Penilaian Aktiviti Bahasa
- Penilaian Bahasa Berasaskan Projek
- Penilaian Berasaskan Sekolah
- Penilaian Pengalaman Pembelajaran
Bahagian B. Penulisan Akademik
1. Berdasarkan bacaan anda dan data yang dikumpul, sediakan hasil
tugasan tersebut
dalam bentuk nota dan
pengurusan grafik.
(Tugasan Kumpulan)
2. Buat ulasan
secara kritis 10 soalan objektif Bahasa Melayu tahun 5 yang diterbitkan
oleh
mana-mana syarikat penerbitan buku yang terdapat di pasaran.
(Tugasan individu)
Analisis perlu merangkumi:
i. Jenis soalan
ii. Aras soalan
iii. Komponen soalan
(stimulus, stem, pilihan jawapan dan pengganggu)
iv. Cadangan penambahbaikan
terhadap soalan.
·
Sumber dan soalan yang dipilih perlu dilampirkan.
D. Panduan Pelaksanaan Projek
1. Tugasan ini adalah tugasan individu dan
kumpulan (1 kumpulan =3 orang)
2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif
untuk mengumpul maklumat.
3. Gunakan
maklumat yang dikumpul sebagai bahagian utama isi tugasan taksiran kumpulan.
4. Maklumat boleh dipaparkan dalam
sebarang bentuk visual (grafik).
5. Format penulisan tugasan adalah seperti
berkut :
i. Fon
Arial
ii. Saiz
huruf ialah 12
iii. Langkau
satu setengah baris
iv. Rujukan
mengikut format APA
v. Lampiran
7. Amalan plagiat tidak dibenarkan
8. Tugasan
ini membawa markah 100%, (kerja kumpulan 60% dan Individu 40%) dan wajaran 60%.
E. Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria
berikut:
1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan
terperinci
2. Bukti-bukti
bahan-bahan dan “citation” yang dapat menyokong hujah anda
hendaklah dibuktikan.
3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian
hasil kajian dan
sokongan ilmiah.
4. Format
dan isi laporan perlu jelas dan koheren.
5. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut :
- Pemahaman yang mendalam berkaitan Konsep pentaksiran, pengujian,
penilaian,Taksonomi Bloom,domain Krathwohl,Penilaian Bahasa,Kaedah
Penilaian Bahasa, Penilaian Kemahiran Bahasa,Penilaian Aktiviti
Bahasa,Penilaian Pengalaman Pembelajaran,Penilaian Bahasa Berasaskan Projek, Penilaian Berasaskan Sekolah dan Penilaian
Pengalaman Pembelajaran
6. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan
memenuhi kehendak
tugasan (sekurang-kurangnya sumber daripada 3
buah buku, 3 internet, 3 jurnal dan 2
bahan bercetak yang lain)
F. Kriteria Pemarkahan
Tugasan akan
disemak berdasarkan kriteria pemarkahan yang disediakan. .
Markah kerja
kumpulan akan diberikan berdasarkan kepada subtugasan1 manakala markah tugasan individu
berdasarkan kepada subtugasan 2.
Tugasan disediakan oleh: Disahkan oleh
___________________ ____________________
(MUHAMMAD KHAIRI MOHAMED NOR) (IBRAHIM BIN BAKAR)
Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Jabatan Pengajian Melayu IPGKSAH
Tarikh: 08 Julai 2014
Tarikh:
50 KATALOG ALAMAT INTERNET BERKAITAN BAHASA MELAYU
BIL
|
TAJUK
|
|
1
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Pembentangan kertas Ybhg. Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia di Kongres Bahasa Dan Persuratan Melayu Ke-Viii Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 “Bahasa Melayu Dalam Perkhidmatan Awam” |
BIL
|
TAJUK
|
Bahasa Melayu Kuno
|
2
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Berkurun lamanya orang yang tinggal di alam
Melayu ini hidup berkelompok tanpa berhubungan dengan kelompok yang lain.
Mereka dipisahkan oleh gunung-ganang dan lautan yang luas. Walaupun pada
mulanya mereka satu asal tetapi kerana terputusnya hubungan di antara satu
kelompok dengan kelompok yang lain dalam masa yang sangat lama, maka setiap
kelompok mengatur cara hidup dan menggunakan pertuturan mereka sendiri sesuai
dengan keadaan alam dan keperluan hidup mereka masing-masing. Akibat keadaan
inilah timbulnya suku bangsa dan bahasa yang terdapat di Indonesia dan
pelbagai loghat/dialek bahasa Melayu di Tanah Semenanjung.
|
BIL
|
TAJUK
|
Asal Usul Bahasa Melayu
|
3
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Artikel ini membincangkan mengenai asal usul
bangsa Melayu, perkembangan bahasa Melayu, peralihan bahasa Melayu kuno ke
Bahasa Melayu Klasik, Bahasa Melayu Klasik, Bahasa Melayu Moden.
|
BIL
|
TAJUK
|
Kata Homograf
|
4
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Artikel ini adalah mengenai definisi, contoh –
contoh kata homograf, dan juga cadangan latihan. Pelbagai contoh bela, sepak,
rending, semak, perang, sela, tekad,
selak, serak, perah, gelang, dan juga reda.
|
BIL
|
TAJUK
|
Soalan Karangan Pelbagai Jenis
|
5
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Artikel ini memberi latihan kepada calon SPM
untuk mengarang jenis karangan keperihalan, fakta, cereka, imaginasi, perbincangan, pendapat, ulasan, dialog,
wawancara, laporan, ceramah, ucapan dan syarahan.
|
BIL
|
TAJUK
|
Mari Belajar Bahasa Melayu KBSR Tahap Dua
|
6
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Artikel ini adalah berkaitan tentang golongan
kata.katabantu.kata
bilangan.kata
hubung.kata kerja,kata nafi.kata nama.kata
pangkal.kata
pemeri.kata penegas.kata
penguat.kata
perintah.kata seru.kata sifat.kata tanya.kata
keterangan.kata ganda
|
BIL
|
TAJUK
|
Portal Rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia
|
8
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Rujukan dalam PRPM meliputi kamus Melayu dan Inggeris,
istilah (Malaysia, Indonesia dan Brunei), ensiklopedia, puisi, bahasa sukuan
(Sabah dan Sarawak), peribahasa, arkib khidmat nasihat DBP, tesaurus bahasa
Melayu, kandungan laman WEB DBP dan kandungan laman WEB lain yang ditentukan
oleh DBP
|
BIL
|
TAJUK
|
Teknik Membaca SQ3R
|
9
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
SQ3R ialah teknik membaca kritis yang
telahdiperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia merupakansatu kaedah membaca yang
memerlukan seseorangmempersoal kesesuaian maklumat yang terdapatdalam suatu
bahan yang dibaca dengan tugasan yangperlu diselesaikan.
|
BIL
|
TAJUK
|
Pemarkahan Karangan Umum Dan Karangan Upsr
|
10
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Kertas ini membincangkan secara ringkas PMM bagi
karangan. Tumpuan perbincangan ialah pada aspek amali pemarkahan karangan.
Beberapa contoh PMM karangan dikemukakan. Pemarkahan karangan peringkat
sekolah rendah diberi perhatian istimewa dengan harapan kecemerlangan
pendidikan bahasa kita semerbak sejak peringkat sekolah rendah lagi. Bagaimanapun,
contoh-contoh PMM yang dikemukakan di sini tidak semestinya sama dengan PMM
dalam ujian sebenar. Sebagai melengkapkan kertas ini, dibincangkan juga
teknik memarkah, penyelarasan dan beberapa isu yang berkaitan dengan
pemeriksaan karangan.
|
BIL
|
TAJUK
|
|
11
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Sekali lagi, karangan ialah gubahan fikiran.
Gubahan fikiran yang ringkas ialah satu perkataan. Guru yang baik mengajarkan
karangan secara bertatatingkat, iaitu menulis perkataan, frasa, satu ayat,
beberapa ayat dan seterusnya beberapa perenggan. Maka wujudlah beberapa
teknik. Antaranya termasuklah karangan berpandu, karangan terkawal dan
mengarang secara bebas. Setiap teknik ini ada subtekniknya yang tersendiri.
Mereka yang bergelar guru Bahasa Melayu di sekolah rendah mengetahui teknik
ini dan berkemahiran mengendalikannya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Jadi, gunakanlah teknik yang bersesuaian dengan murid-murid cikgu.
|
BIL
|
TAJUK
|
Petua Penulisan Karangan Bahasa Melayu Sekolah Rendah UPSR |
12
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Beberapa isi kandungan di dalam artikel ini telah diubahsuai dan
dipermudahkan oleh Cikgu Amiene Rev berdasarkan sumber asal yang diperolehi
menerusi:http://members.tripod.com/~skdarau/petua.html
|
BIL
|
TAJUK
|
|
13
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
negara Malaysia menjadi mata pelajaran yang wajib diajarkan di sekolah rendah
dan menengah. Bagi menjamin keberkesanan mata pelajaran ini kepada para
pelajar, maka tenaga pengajar perlu mengetahui teknik yang betul untuk
mengajar mata pelajaran bahasa Melayu.
|
BIL
|
TAJUK
|
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
|
14
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan
yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara
menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani
selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Falsafah
Pendidikan Negara.
|
BIL
|
TAJUK
|
Pengajaran Pemulihan Dalam
Bahasa Melayu Kedua: Siapa Dan Mengapa?
|
15
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Adalah lumrah apabila kita mengatakan bahawa
kadar penguasaan atau daya pembelajaran antara seorang pelajar dengan pelajar
lain adalah berbeza. Banyak faktor yang telah dikemukakan oleh para
penyelidik pendidikan dan perkembangan mental mengenai perkara tersebut.
Namun usaha untuk memulihkan ketidaksetaraan kadar penguasaan atau daya
belajar ini masih belum berhasil kerana setiap pelajar menghadapi latar
kehidupan, perkembangan
mental dan pertumbuhan fizikal yang berbeza.
|
BIL
|
TAJUK
|
Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Tahun 4
Bahasa Melayu
|
16
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Huraian Sukatan Pelajaran ini menjelaskan hasil
pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil
pembelajaran tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran
isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Hasil pembeljaaran diperingkatkan
kepada tiga aras, iaitu Aras 1 (aras asas), Aras 2 (aras sederhana), dan Aras
3 (aras cemerlang).
|
BIL
|
TAJUK
|
Teknik Drama Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran Bahasa Melayu
|
17
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Pengajaran ialah satu usaha ke arah mempertingkat
dan memperkembangkan potensi diri dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani
seseorang individu. Pengajaran juga berupaya menambah kemahiran,
kebolehan, pengetahuan dan pengalaman murid supaya dapat memberi kegembiraan,
faedah dan kemajuan dalam kehidupannya. Ini akan membantu dan mendorongnya
bertindak dengan cara yang sihat bagi faedah diri dan masyarakat, bangsa dan
negaranya
|
BIL
|
TAJUK
|
Teknik Perbincangan Dalam
Pengajaran Bahasa Melayu
|
18
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Selain daripada kaedah pengajaran, teknik juga
dapat membantu guru untuk menyampaikan pengajaran yang berkesan dalam sesuatu
sesi pelajaran. Teknik yang digunakan hendaklah berharmoni dengan kaedah.
Banyak teknik boleh digunakan oleh guru. Satu daripada teknik tersebut ialah
teknik perbincangan. Wilga M. Rivers (1989:51) menyatakan bahawa perbincangan
ke atas idea dan pendapat merupakan aktiviti pertuturan yang selalu diadakan
dalam pengajaran bahasa.
|
BIL
|
TAJUK
|
Pengajaran Pembelajaran Bahasa
Melayu Dalam Bilik Darjah
|
19
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Program mengajar kemahiran berfikir secara formal
kepada semua pelajar telah dilaksanakan sejak tahun 1992. Kita telah mencapai
kejayaan yang terhad. Apa yang penting ialah kita harus belajar daripada
pengalaman kita melaksanakan program tersebut selama ini dan berusaha memurni
dan memantapkan proses pelaksanaan program tersebut sepaya ia mencapai matlamat
sebenar mengajar kemahiran bahasa melayu ini.
|
BIL
|
TAJUK
|
Kaedah Pengajaran Membezakan Bentuk Dan Bunyi Huruf Yang Hampir Sama
( B Dan D )
|
20
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Modul ini disarankan untuk digunakan oleh
guru-guru dalam memperkenalkan huruf-huruf yang hampir sama bentuk atau bunyinya
seperti huruf b dengan d. Langkah –langkah yang dijalankan dalam modul ini
mampu mempercepatkan proses pengenalan huruf ini dan mengandungi
aktiviti-aktiviti yang menarik dan berkesan.
Modul ini juga tidak memberatkan tugas guru di
mana guru hanya memerlukan bahan-bahan asas dalam memperkenalkan huruf
seperti kad huruf sahaja. Pengajaran ini dirangka dengan mempelbagaikan
penggunaan kad huruf di samping aktiviti yang melibatkan interaksi langsung
murid-murid dengan huruf-huruf.
|
BIL
|
TAJUK
|
|
21
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Untuk memartabatkan bahasa Melayu perlulah
dipergiat dari sekarang. Selain itu, semua pihak perlulah berganding bahu
untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu tanpa mengira kaum. Sekiranya
perkara ini tidak diberikan penekanan, ditakuti nanti bahasa Melayu akan
dipinggirkan daripada menjadi bahasa utama yang juga menjadi bahasa rasmi
negara kita. Jadi, marilah kita bersama-sama memartabatkan penggunaan Bahasa
Melayu agar bahasa ini akan terus berkembang dan ditingkatkan martabatnya
dengan menguar-uarkan slogan “Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan”.
|
BIL
|
TAJUK
|
Penulisan Bahasa Melayu
|
22
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Berdasarkan artikel ini dapatlah disimpulkan bahawa:
(a) Tulisan Melayu yang awal ialah Tulisan Rencong.
(b) Kesusasteraan Islam diperkenalkan kepada masyarakat Melayu melalui tradisi lisan sama ada disampaikan oleh mubaligh Islam mahupun oleh pencerita tempatan sebagai kesinambungan tradisinya yang terdahulu. (c) Kesusasteraan Hindu yang masuk ke alam Melayu mula-mula menggunakan bahasa Sanskrit dan kemudian menggunakan bahasa Jawa Kuno (Kawi) di Pulau Jawa. Kesusasteraan ini diperkenalkan kepada masyarakat Melayu di luar Pulau Jawa melalui kesusasteraan lisan dengan menggunakan bahasa Melayu campur bahasa Jawa. |
BIL
|
TAJUK
|
BML 4103 Sosiolinguistik Dan Pengajaran Bahasa Melayu
|
23
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Kursus ini khusus mengajarkan tatasosial untuk
guru bahasa Melayu supaya mereka arif berbahasa Melayu di samping menguasai
tababahasanya. Pendek kata, Malaysia terlibat di dalam semua peringkat
perancangan bahasa, dan melakukan semua aktiviti yang dibincangkan di atas.
Banyak kebaikan dan masalah yang turut timbul. Dalam hal ini Malaysia dapat
menjadi satu model perancangan bahasa di dunia. Oleh itu proses-proses ini
perlulah dicatatkan demi untuk memahami falsafah dan aktiviti yang dilakukan
untuk memenuhi tujuan tersebut.
|
BIL
|
TAJUK
|
Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
|
24
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Penilaian yang dijalankan dari masa ke masa dapat
meninkatkan motivasi pelajar untuk belajar lebih gigih bagi mendapatkan
pencapaian terbaik mereka. Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang akan
terus berusaha untuk mengekalkan prestasi mereka. Sebaliknya pelajar yang lemah
akan dapat mengenalpasti kelemahan mereka dan berusaha memperbaiki kelemahan
mereka.
|
BIL
|
TAJUK
|
Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Di
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta Di Negeri Sarawak
|
25
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Kajian pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
di IPTS di negeri Sarawak merupakan sesuatu yang baru. Penemuan dalam kajian ini
sedikit sebanyak membantu pengkaji bahasa untuk mengkaji daripada pelbagai aspek
berkaitan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di IPTS di Malaysia
khususnya. Hanya melalui ini sahaja, hasrat kita untuk menatarkan dan
memantapkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu
dalam kursus-kursus terpilih di IPTS dapat ditingkatkan.
|
BIL
|
TAJUK
|
Bahasa Malaysia Sekolah Rendah
|
26
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Artikel ini merangkumi pengajaran bagi pelajaran
Tahun 1 hingga Tahun 6. Isi kandungannya termasuklah kefahaman 1, kefahaman
2, kata adjektif, kata hubung, teka silang kata, susun perkataan, simpulan
bahasa 1, simpulan bahasa 2, uji minda 1, dan juga uji minda 2.
|
BIL
|
TAJUK
|
Pelaksanaan Komsas dalam pelajaran Bahasa Melayu di sekolah
menengah:
Satu Tinjauan
|
27
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah sekali
lagi mengalami perubahan setelah disemak semula selepas digunakan selama
lebih 10 tahun semenjak penggubalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
pada tahun 1987. Penyemakan kurikulum ini bertujuan memantapkan Akta Pendidikan,
memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid
menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21 (Abdul Shukor 2000).
|
BIL
|
TAJUK
|
Sintaksis
|
28
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Cabang ilmu bahasa yang
mengkaji bentuk,
struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja
mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan
disusun dalam ayat.
|
BIL
|
TAJUK
|
Susunan Unsur Ayat
|
29
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
AYAT ialah unit pengucapan yang paling tinggi
letaknya dalam susunan tatabahasa. Ayat mengandungi makna yang lengkap.
Pengucapan ayat dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi
intonasi yang sempurna. Dalam bentuk tulisan, ayat dimulai dengan huruf
besar dan diakhiri dengan tanda baca titik.
|
BIL
|
TAJUK
|
Tatabahasa bahasa Melayu
|
30
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Morfologi ialah bidang yang mengkaji
struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi, unit terkecil
yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Para pelajar juga perlu
mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini kerana kedua-dua adalah
berbeza dari segi fungsi dan konsep. Sintaksis merupakan satu cabang ilmu
bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.
Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum
yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
|
BIL
|
TAJUK
|
Ayat: Subjek & Predikat…?
|
31
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Ayat ialah susunan kata yang mengandungi maksud
atau makna yang sempurna. Ayat yang sempurna mestilah mengandungi
sekurang-kurangnya SATU subjek dan SATU predikat.
Subjek + Predikat = Ayat
Subjek + Predikat = Ayat Biasa
Predikat + Subjek = Ayat Songsang
Subjek = ialah benda atau perkara yang ingin
diterangkan.
Predikat = ialah cerita atau perihal yang
menerangkan subjek.
|
BIL
|
TAJUK
|
Susunan Ayat
|
32
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Ayat bukan sahaja dapat dilihat dari segi unsur
yang mendirika ayat tetpi juga dari segi susunan unsur-unsur itu.
Jika dilihat dari sudut ini, ayat terbahagi kepada dua bentuk,
iaitu susunan biasa dan susunan songsang. Ayat susunan biasa
ialah ayat yang mendahulukan subjek dan mengemudiankan predikat. Ayat-ayat
dasar yang telah dibincangkan ialah ayat susunan biasa. Jika susunan biasa
itu diubah dan predikat didahulukan, maka ayat demikian dikatakan ayat
songsang. Pendepanan boleh melibatkan bahagian-bahagian tertentu pada
predikat, iaitu frasa kerja, frasa adjektif, atau frasa sendi nama.
|
BIL
|
TAJUK
|
Perkataan pinjaman dalam Bahasa Melayu
|
33
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Tujuan kertas kerja ini merupakan percubaan untuk
memahami masyarakat, kebudayaan dan sejarah Dunia Melayu mengandungi negara- negara
Asia Tenggara seperti Malaysia,Singapura,Brunei dan Indonesia melalui analisa
tentang unsur-unsur perkataan pinjaman dari bahasa luar dalam bahasa Melayu
moden.
|
BIL
|
TAJUK
|
Kata Pinjaman Bahasa Arab Yang Sama Di Dalam Bahasa Inggeris Dan
Bahasa Melayu: Satu Kajian Makna
|
34
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Semua bahasa meminjam perbendaharaan kata
daripada bahasa-bahasa lain. Bahasa
Arab sebagai lingua franca agama Islam menyumbangkan perbendaharaan kata dan istilah
kepada bahasa-bahasa yang dipertuturkan oleh masyarakat di Asia dan Afrika.
Bahasa Inggeris dan bahasa Melayu merupakan dua bahasa yang mendapat manfaat daripada
kata pinjaman bahasa Arab. Pengkajian ini bertujuan mengkaji sudut makna leksikal
pada kata pinjaman bahasa Arab yang sama di dalam bahasa Inggeris dan bahasa
Melayu.
|
BIL
|
TAJUK
|
Senarai Kata Pinjaman Dari Bahasa Sanskrit Dalam Bahasa Melayu
|
35
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Artikel ini berkaitan tentang daftar
kata-kata pinjaman dari bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu. Untuk
penjelasannya silakan lihat artikel: Kata-kata
pinjaman dari bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu dan bahasa Indonesia Moden.
|
BIL
|
TAJUK
|
Senarai Kaedah Pengejaan Istilah Pinjaman Bahasa Melayu
|
36
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Artikel ini merangkumi contoh vokal yang dipinjam
dari bahasa asing seperti ae, aer, ai, ea, ee, ei, eo, eu, ia, ie, io, iu,
oe, oi, oo, ou, ui, uo, uu, cc, cch, ch, rh, sc, th, cr, ng, ph dan banyak
lagi.
|
BIL
|
TAJUK
|
Unsur-unsur Asing Dalam Bahasa Melayu
|
37
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Peminjaman usur-unsur bahasa (terutamanya
perkataan) bahasa asing merupakan kelaziman.
Terdapat unsur-unsur asing dalam bahasa Melayu.
a. Tiada perkataan dalam bahasa Melayu dan
keperluan memebrikan nama am atau khsusu kepada benda, perkara (fenomena)
b. Perkataan bahaas melayu belum ada yang dapat
menepati maksud semantik bahasa asing.
c. Kegemaran menggunakan bahasa asing.
d. Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih
bergaya berbanding bahasa Melayu sedia ada yang mungkin sudah lapuk, atau
kerana sikap mengaggungkan bahasa asing .Misalnya matematik menggantikan ilmu
hisab.
|
BIL
|
TAJUK
|
Sejarah Perkembangan dan Asal Usul Bahasa Melayu
|
38
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Van Linschotten (sarjana Belanda yang banyak
menulis hal ehwal Kepulauan Melayu, pada abad ke-18); Bahasa Melayu pada masa
itu, bukan sahaja amat harum namanya juga dianggap bahasa yang paling
dihormati antara bahasa-bahasa timur, dan bahawa orang yang tidak tahu akan
bahasa Melayu di Kepulauan Melayu dapatlah dibandingkan dengan orang yang
tidak tahu akan bahasa Perancis di negeri Belanda pada zaman itu.
|
BIL
|
TAJUK
|
Sejarah Bahasa Melayu
|
39
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Bahasa Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau,
Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei.
Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu. Di Malaysia,
bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu
dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-akhir ini,
nama “Bahasa Melayu” digunakan semula. Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan
Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol
bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum. Di
Indonesia, bahasa Melayu juga dikenali sebagai Bahasa Indonesia atas sebab
persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia iaitu Sumpah Pemuda tahun 1928. Di
Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu tidak mengalami sebarang perubahan nama.
|
BIL
|
TAJUK
|
Variasi Bahasa
|
40
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Berdasarkan konteks yang umum, pengunaan bahasa
dapat dibahagikan kepada bahasa formal dan tak formal. Contoh
bahasa formal - Bahasa Baku dan Bahasa Diraja atau Bahasa Istana. Contoh
bahasa tak formal - Bahasa mesra, bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa
pasar, bahasa halus, bahasa kasar, bahasa dialek dan sebagainya. Bahasa
formal dan bahasa tak formal dapat dibezakan dengan membandingkan ragam
bahasa bebas dan bahasa terkawal, dan ragam bahasa mesra dan bahasa
formal.
|
BIL
|
TAJUK
|
Kata Pinjaman DalamBahasa Melayu
|
41
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Dalam perkembangan Bahasa Melayu terdapat tiga
tahaputama; Bahasa Melayu kuno, Bahasa Melayu klasik danBahasa Melayu Moden Bahasa
Melayu kuno merupakan keluarga bahasaNusantara. Kegemilangannya dari abad
ke-7 hingga abadke-13 iaitu pada zaman pemerintahan Srivijaya. Bahasa
Melayu klasik berkembang pesat bermula dari abadke-13 dan digunakan dalam
zaman pemerintahankerajaaan Melaka, Acheh dan Johor-Riau. Bahasa Melayu
moden bermula pada abad ke-19 iaitusebelum penjajahan British.Tiga tahap
utama perkembangan Bahasa Melayu mempunyai sifatnya yang tersendiri. Misalnya,
B.M kuno terpengaruh dari Sanskrit dan Hindu, B.M klasik dari bahasa
|
BIL
|
TAJUK
|
Linguistik Melayu
|
42
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Linguistik Melayu memperkenalkan bidang
linguistik yang begitu luas kepada para pembaca. Huraian dalam buku ini
merangkumi keseluruhan aspek yang berkaitan dengan bidang linguistik Melayu
atau kajian bahasa Melayu iaitu aspek teori, aplikasi dan antara disiplin.
Dalam aspek teori, kandungan buku ini menghuraikan secara jelas topik yang
berkaitan dengan fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan
pragmatik. Aspek aplikasi dan antara disiplin mencakupi bidang yang cukup
luas termasuklah psikolinguistik, sosiolinguistik, linguistik sejarah,
dialektologi, pengajaran bahasa, linguistik komputer, penterjemahan,
linguistik forensik, neurolingiistik dan sebagainya.
|
BIL
|
TAJUK
|
Kajian Bahasa dan Linguistik Melayu di Malaysia (Bahagian 1)
|
43
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Sejarah kajian bahasa dan linguistik Melayu
dengan pengertian yang luas, iaitu yang tidak terbatas oleh sempadan
geopolitik, telah bermula di rantau Alam Melayu sejak abad ke-15 dalam zaman
Kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman itu, Dinasti Ming yang mempunyai
hubungan akrab dengan kerajaan Melaka telah memerintahkan pegawainya menyusun
kamus China-Melayu yang menampung 482 kosa kata tentang 17 bidang kehidupan di
alama Melayu, iaitu astronomi, geografi, musim dan waktu, tumbuh-tumbuhan,
unggas dan haiwan, rumah dan istana, alat perkakas, orang, peri laku, tubuh
badan, pakaian, makanan dan minuman, kemasyarakatan dan sejarah, warna,
hitungan, kata umum.
|
BIL
|
TAJUK
|
Sosiolinguistik dan Bahasa Melayu
|
44
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Sosiolinguistik dan Bahasa
Melayu untuk pelajar sekolah menengah, maktab perguruan dan universiti
ini dihasilkan untuk menjelaskan kepada seluruh lapisan pembaca tentang
kajian sosiolinguistik dan bahasa Melayu. Judul yang termuat dalam buku ini
tersusun mengikut bidang yang terdapat dalam sosiolinguistik. Kandungan
langsung yang digarap dalam 12 bab ini bakal merungkai tentang persamaan dan
perbezaanya. Bahasa Melayu yang terdiri dari pelbagai dialek dan ragam
sebutan, perbendaharaan kata dan tatabahasa turut dikupas oleh
pengarang. Wujud variasi bahasa yang bermaksud bentuk bahasa yang berbeza bagi
maksud yang sama.
|
BIL
|
TAJUK
|
|
45
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Pameran Literasi Bahasa Melayu ini merupakan
aktiviti yang wajib setelah selesai membuat bahan sumber mengajar dengan
jayanya. Pameran ini melibatkan semua pelajar PISMP Semester 2/2010
yang merangkumi kumpulan PISMP Bahasa Melayu, PISMP Pengajian Sosial, PISMP
Bahasa Cina dan PISMP Pemulihan Bahasa Cina IPG Kampus Rajang.
|
BIL
|
TAJUK
|
Teori Pemerolehan Bahasa
|
46
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
·
Diasaskan oleh Ivan Pavlov( gunakan
anjing sebagai subjek penyelidikan), dan Leonard Bloomfield.
·
Dikembangkan oleh Watson,
Skinner dan Thorndike
·
Pembelajaran telah berlaku melalui perubahan
tingkah laku manusia.
·
Permerolehan sesuatu perlakuan terjadi
melalui ulangan dan latih tubi.
·
Semua bentuk pembelajaran tidak ada kaitan
dengan keupayaan mental.
·
Tingkah laku manusia adalah ditentukan oleh
persekitaran dan pengalaman lampau mereka
·
Dalam proses pembelajaran, aliran ini
menekankan kepentingan rangsangan dan tindak balas.
·
Penekanan kepada latihan yang berulang perlu
diberikan perhatian.
·
Dalam P&P bahasa, aliran ini satu latihan.
·
Bahasa merupakan sesuatu yang hidup dan
berubah, perlu dipelajari dalam suasan lisan.
·
Latihan adalah perlu untuk membentuk kebiasaan
dalam berbahasa.
|
BIL
|
TAJUK
|
Pandangan-Pandangan Teoritis Kaum Behaviorisme Tentang Pemerolehan
Bahasa Pertama
|
47
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Teori Behaviorisme mengatakan bahwa peniruan
sangat penting dalam mempelajari bahasa. Teori ini juga mengatakan bahwa
mempelajari bahasa berhubungan dengan
pembentukan hubungan antara kegiatan stimulus-respon dengan proses
penguatannya. Proses penguatan ini diperkuat oleh suatu situasi yang
dikondisikan, yang dilakukan
secara berulang-ulang. Sementara itu,
karena rangsangan dari dalam dan luar mempengaruhi proses pembelajaran,
anak-anak akan merespon dengan mengatakan sesuatu. Ketika responnya benar,
maka anak tersebut akan mendapat penguatan dari orang-orang dewasa di
sekitarnya. Saat proses ini terjadi berulang-ulang, lama kelamaan anak akan
menguasai percakapan.
|
BIL
|
TAJUK
|
Aktiviti Pratulisan Dan Tulisan Mekanis
|
48
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada
tiga iaitu peringkat pratulisan, peringkatmekanis dan peringkat untuk
pelahiran. Peringkat pertama iaitu pratulisan adalahtempoh masa murid-murid
disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapatmenulis huruf-huruf
dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini latihan otot-otot,tangan dan
jari serta koordinasi tangan dan mata diberi kepada murid-murid dari awal-awal
lagi. Bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang
yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan yang dirancangkan haruslahsistematik,
bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti pratulisan yang berbentuk bebas.
|
BIL
|
TAJUK
|
Bengkel Aktiviti Pratulisan
|
49
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Bengkel Aktiviti PratulisanMelaksanakan Aktiviti Pergerakan Jari,
Tangan dan Mata.Penghasilan ABM bagi tajuk tersebut telah dibuat dalam
memuatkan aktiviti yang melibatkanpergerakan jari, tangan dan mata. ABM yang
dihasilkan adalah Papan Bentuk. Alat ini digandingkanbersama plastesin.
Papan bentuk ni disediakan dengan pelbagai bentuk iaitu segi empat
sama, segiempat tepat, bulat dan sebagainya. Objek pada Papan Bentuk dibina
dalam beberapa tahapkesukaran bagi membolehkan murid menguasai kemahiran ini
secara berperingkat dan seniasa majuke hadapan. Selain itu, nama-nama objek turut
dipamerkan agar murid-murid dalam melihat,mengeja, dan menyebut. Plastesin
digunakan untuk menghasilkan bentuk Papan Bentuk.
|
BIL
|
TAJUK
|
|
50
|
URL
|
|
SINOPSIS
|
Seseorang pelajar lazimnya terpaksa banyak
membaca. Dalam konteks sekolah bestari, pelajar digalakkan mendapatkan
maklumat dari pelbagai sumber. Mereka membaca untuk pelbagai tujuan. Ada
masanya mereka perlu membaca secara meluas atau ekstensif. Ada masanya pula
mereka perlu membaca secara intensif atau mendalam. Untuk menjadi seorang
pembaca yang berkesan, pelajar perlu menguasai dan mengamalkan beberapa
teknik membaca. Oleh itu guru perlu membimbing pelajar pelajar menguasai
teknik-teknik tersebut dari peringkat sekolah rendah lagi.
|
Subscribe to:
Posts (Atom)