Sunday, August 2, 2009

Linguistik

PENGENALAN LINGUISTIK
Kenapakah linguistik dikatakan sebagai kajian bersifat saintifik? Kajian ini dikatakan
saintifik kerana cara-cara yang digunakan bersifat empirikal, berdasarkan apa yang dilihat,
dirasa dan didengar, yang mengetepikan unsur-unsur sentimen dan prasangka. Hal ini
bermakna pengkaji mesti akur pada:
􀁸 Penggunaan eksperimen yang terkawal.
􀁸 Pegangan unsur-unsur keobjektifan.
􀁸 Penyebaran hasil kepada umum supaya dapat disahkan kebenarannya oleh orang
lain.
1.1.1 Cabang-cabang Lingusitik
Tahukah anda bahawa ilmu linguistik mempunyai berbagai-bagai cabang yang berkaitan
erat antara satu sama lain. Antara cabang linguistik itu adalah seperti yang disenaraikan di
bawah:
􀁸 Linguistik umum
􀁸 Linguistik deskriptif
􀁸 Linguistik perbandingan
􀁸 Linguistik sejarah
􀁸 Linguistik terapan.
(a) Linguistik Umum
Linguistik umum ialah ilmu yang membicarakan bidang linguistik secara am termasuklah
ilmu bahasa yang dikatakan sebagai lambang yang terdiri daripada deretan bunyi yang
diucapkan oleh alat-alat pertuturan atau alat artikulasi manusia yang terdiri daripada lidah,
anak tekak, lelangit, bibir, gusi dan lain-lain. Jadi, linguistik umum ialah disiplin yang
memperkatakan kajian bahasa secara ilmiah dan saintifik.
(b) Linguistik Deskriptif
Linguistik deskriptif pula ialah ilmu linguistik yang memerihalkan sesuatu bahasa dari
segala segi pada suatu jangka masa yang tertentu, berdasarkan bahan-bahan yang
terdapat pada waktu itu. Bahan utama dalam kajian itu ialah lisan atau pertuturan yang
diperoleh daripada penutur jati. Bahasa tulisan juga termasuk sebagai bahan kajian. Oleh
yang demikian, linguistik deskriptif adalah pemeri struktur sesuatu bahasa sebagaimana
kewujudannya. Bidang yang termasuk dalam kajian linguistik deskriptif ialah fonologi
(kajian tentang bunyi), morfologi (kajian tentang kata dan pembentukannya) dan sintaksis
(kajian tentang ayat). Bidang-bidang inilah yang dikaji secara saintifik. Selain itu, linguistik
deskriptif juga dikenali sebagai kajian bahasa secara sinkronik, iaitu kajian mengenai
bahasa yang tertentu, pada sesuatu tempat yang tertentu, dituturkan oleh suatu golongan
yang tertentu dan pada masa atau zaman yang tertentu juga.
(c) Linguistik Perbandingan
Linguistik perbandingan atau linguisitik komparatif membuat perbandingan antara
beberapa bahasa yang difikirkan mempunyai hubungan dari sudut sejarah. Oleh sebab
itu, linguisitik komparatif juga boleh menumpukan kajian kepada aspek sebutan, perkataan
dan ayat di antara beberapa bahasa yang dikaji itu. Contohnya, mengkaji bahasa bahasa
di Nusantara atau di Kepulauan Melayu.
(d) Linguistik Sejarah
Linguistik sejarah atau historis ialah disiplin linguistik yang bersangkutan dengan
perkembangan sesuatu bahasa, iaitu dari zaman awal kemunculannya hinggalah ke suatu
tahap yang tertentu. Dengan kata lain, pakar linguis historis membuat kajian secara
historis, misalnya peringkat untuk memperoleh data, maka kajian akan dilakukan secara
sinkronik. Selepas seseorang pakar berpuas hati dengan dapatan kajian secara sinkronik
maka kajian secara diakronik akan dijalankan, iaitu membuat perbandingan antara
beberapa zaman untuk melihat perbezaan, menentukan perubahan dan perkembangan
yang berlaku dalam bahasa tersebut. Perbandingan boleh dibuat dari pelbagai segi,
seperti fonologi, morfologi, sintaksis, makna, ejaan, sistem tulisan, dan sebagainya.
(e) Linguistik Terapan
Linguistik terapan atau linguistik aplikasi pula ialah bidang linguistik yang menerangan
bagimana ilmu ini dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa pertama
dan bahasa kedua. Oleh demikian, disiplin fonologi, fonemik, morfologi, dan sintaksis
(linguistik deskriptif) sangat penting dalam penerapan ilmu bahasa.
Terdapat beberapa tokoh linguistik yang di dalam kelima-lima cabang tersebut. Tokoh
tokoh linguistik ini wujud sejak zaman tamadun Greek dan Sanskrit. Pada zaman ini tokoh
yang terkenal ialah Socrates, Plato, Aristotle, Stoics, Thras, Priscian dan Donatus yang
menjalankan kajian di dalam bahasa Yunani dan Romawi. Panini dan Bopp pula
menonjolkan diri mereka dengan kajian yang dijalankan di dalam bahasa Sanskrit.
Di dalam abad ke-18 dan ke-19 pula muncul D. Jenish melalui bukunya Philosophisch –
kritische vergleichung und wurdigung von vierzehn altern und neuern sprachen Europens
(1976) yang telah menjelaskan sifat-sifat bahasa. Rask dan Grimm pula mengkaji ilmu
tatabahasa perbandingan. Mereka mempunyai pengaruh yang kuat kepada pengkaji
terkemudian. Rask mempunyai kekuatan dalam kajian linguistik sejarah. Beliau
mengkajinya dari sudut etimologi (asal usul bahasa).
Selepas itu, wujud pula pengkaji bahasa yang lebih terkemuka seperti Ferdinand de
Saussure, Leonard Bloomfield, Reymond Firth dan Noam Chomsky. Ferdinand De
Saussure dimasukkan ke dalam golongan tradisional dan golongan moden. Beliau telah
mengasingkan dua istilah terpenting di dalam kajian bahasa, iaitu langue (bahasa) dan
parole (pertuturan). Hasil kajian beliau yang terkenal ialah Course of General
Linguistics. Bloomfield pula terkenal dengan karangannya yang berjudul Language
pada tahun 1933 yang terkenal dengan analisis ayat. Reymond Firth dan Malinowski pula
menghasil teori makna juga tentang keperihalan keadaan atau (Context). Firth telah
menggunakan kesempatan yang sedia ada untuk mengkaji ciri-ciri prosidi, tekanan, nada
suara, intonasi, dan sebagainya.
Tidak lama kemudian muncul pula Noam Chomsky yang mengasaskan penghuraian
bahasa berdasarkan nahu Transformasi Generatif (TG). Tatabahasa TG ini mempunyai
pengaruh yang kuat di dalam perkembangan kajian tatabahasa. Di negara kita juga
banyak ahli bahasa yang menyetujui pendapat Chomsky. Tatabahasa TG ini telah
berkembang dengan pesat dan ekorannya lahir banyak pengikut setia Chomsky yang
mengkaji aspek aspek fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.

2 comments: