Wednesday, May 18, 2011

Kata Tugas (Kata Hubung)

Kata Tugas

Kata Hubung
Binaan kata hubung gabungan dari segi sintaksis :
• Hashim Haji Musa menjelaskan bahawa apabila ayat setara dicantumkan oleh kata hubungan gabungan, maka ayat itu dikenali sebagai ayat majmuk gabungan.
• Rumus tidak membenarkan kata hubungan gabungan berada di depan atau di belakang ayat bagi mewujudkan ayat majmuk yang gramatis.

Binaan kata hubung gabungan dari segi semantik :
• Menurut Asmah Haji Omar, kata hubung gabungan ‘dan’ apabila digunakan akan membawa makna lanjutan cerita daripada klausa pertama manakala ‘tetapi’ mempunyai makna ‘perlawanan’ kerana mengandingkan proposisi.

Isu penggunaan kata hubung gabungan ‘dan’ dan ‘tetapi’ di awal ayat :
• Berdasarkan rumus dan teori kata hubung gabungan yang diberikan oleh penahu-penahu bahasa Melayu jelas menunjukkan bahawa kata hubung digunakan untuk menyambung dua atau lebih sama ada perkataan, frasa, klausa ataupun ayat.
• Namun, ada sesetengah penutur jati bahasa Melayu menggunakan kata hubung gabungan ‘dan’ , ‘tetapi’ di awal ayat.
• Mohd Ra’in Shaari telah mengambil contoh penggunaan kata hubung gabungan ‘dan’, ‘tetapi’ melalui tiga sumber yang berlainan iaitu Sulalatus Salatin, Mingguan Malaysia dan Berita Harian.
• Contoh Sulalatus Salatin : Dan Ialah Tuhan yang abadi, lagi sentiasa ada-
Nya dan tiada satu jua pun kemudian. (hlm. 1)
• Contoh Mingguan Malaysia : Dan dalam era ICT pervasif sekarang ini,
ancaman terbesar ialah daripada gejala
serangan siber dan pengodam sistem yang
boleh melumpuhkan sesebuah sistem yang
dikawal sepenuhnya secara digital. (20
januari 2002, hlm. 28)
• Berdasarkan contoh di atas, ayat tersebut tidak gramatis dan bersifat lewah kerana kata hubung digunakan sebanyak dua kali. Kata hubung pertama tidak membawa apa-apa makna dari segi sintaksisnya. Namun dari segi semantiknya, ‘dan’ di hadapan ayat membawa makna tertentu seperti penegasan atau urutan perkara yang ingin ditegaskan.
• Selain tanda penegasan, kata hubung gabungan juga boleh mendukung fungsi sebagai penanda transisi iaitu sebagai penanda pemisah antara isi, perenggan atau teks.
• Jika kata hubung gabungan digunakan di hadapan ayat dalam satu-satu perenggan, ia akan membawa penanda transisi antara isi-isi kecil dengan isi utama.
• Jika kata hubung gabungan digunakan pada awal perenggan, ia bermaksud sebagai penanda transisi antara perenggan yang mempunyai pertautan.

1 comment:

  1. Askm tuan, saya sdang membuat tugasan berkaitan dengan definisi kata tugas menurut tokoh bahasa namun tidak jumpa yg fokus kepada kata tugas. Tuan ada maklumat tak?

    ReplyDelete