Saturday, July 5, 2014

Tugasan Pentaksiran BM BMM3033E) 2014


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

TUGASAN PROJEK




TAJUK PROGRAM  : PISMP

NAMA GURU PELATIH  :



TAJUK KURSUS  : Pentaksiran Bahasa Melayu
                                Sekolah Rendah
KOD KURSUS      : BMM 3033E

SEMESTER  : 6

(Ambilan Januari 2012)


TARIKH MULA
9 Julai 2014

TARIKH HANTAR

20 Ogos 2012










1.    Menghuraikan konsep pentaksiran, pengujian, dan penilaian.
2.    Menjelaskan taksonomi Bloom, dan domain Krathwohl.
3.    Membina jadual spesifikasi ujian dan soalan ujian Bahasa Melayu;
4.    Menilai dan memilih jenis dan kaedah penilaian kemahiran bahasa dan sistem bahasa Melayu dan melaksanakan pemarkahan ujian Bahasa Melayu.

Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2, 3 dan 4


B. Objektif Projek

1.   Menghuraikan konsep pentaksiran, pengujian, dan penilaian dalam bentuk grafik.
2.   Menjelaskan taksonomi Bloom, dan domain Krathwohl dalam pentaksiran bahasa
      Melayu Sekolah Rendah.
3.   Membuat ulasan kritis soalan Bahasa Melayu tahun 5.


C. Tugasan Projek (100%: Wajaran 60%)

Pentaksiran dan  penilaian hendaklah  dianggap  sebagai sebahagian daripada
proses pengajaran dan pembelajaran, bukannya semata-mata dijalankan melalui ujian dan peperiksaan sahaja. Ia merupakan satu proses pengumpulan maklumat berkenaan dengan kemajuan dan prestasi pelajar.  Di peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah penilaian digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian pelajar.


      Bahagian A:

1.    Berdasarkan pernyataan di atas, buat pembacaan dan kumpulkan maklumat berkaitan dengan tajuk berikut:

  1. Konsep pentaksiran, pengujian, penilaian
  2. Taksonomi Bloom, dan domain Krathwohl
  3. Jadual Spesifikasi Ujian
  4. Jenis Penilaian Bahasa
  5. Pembinaan Ujian
  6. Kaedah Penilaian Bahasa
  7. Penilaian Kemahiran Bahasa
  8. Penilaian Aktiviti Bahasa
  9. Penilaian Bahasa Berasaskan Projek
  10. Penilaian Berasaskan Sekolah
  11. Penilaian Pengalaman Pembelajaran

Bahagian B. Penulisan Akademik

1. Berdasarkan bacaan anda dan data yang dikumpul, sediakan hasil tugasan tersebut
    dalam bentuk nota dan pengurusan grafik.
    (Tugasan Kumpulan)

2. Buat ulasan secara kritis 10 soalan objektif Bahasa Melayu tahun 5 yang diterbitkan
    oleh mana-mana syarikat penerbitan buku yang terdapat di pasaran.
    (Tugasan individu)

    Analisis perlu merangkumi:
      i. Jenis soalan
      ii. Aras soalan
      iii. Komponen soalan (stimulus, stem, pilihan jawapan dan pengganggu)
      iv. Cadangan penambahbaikan terhadap soalan.
·         Sumber dan soalan yang dipilih perlu dilampirkan.


D. Panduan Pelaksanaan Projek

1.         Tugasan ini adalah tugasan individu dan kumpulan (1 kumpulan =3 orang)
2.         Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul maklumat.
3.         Gunakan maklumat yang dikumpul sebagai bahagian utama isi tugasan taksiran kumpulan.
4.         Maklumat boleh dipaparkan dalam sebarang bentuk visual (grafik).
5.         Format penulisan tugasan adalah seperti berkut :
            i.          Fon Arial
            ii.          Saiz huruf ialah 12
            iii.         Langkau satu setengah baris
            iv.        Rujukan mengikut format APA
            v.         Lampiran
7.         Amalan plagiat tidak dibenarkan

8.         Tugasan ini membawa markah 100%, (kerja kumpulan 60% dan Individu 40%) dan wajaran 60%.

E. Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

1.         Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci
2.         Bukti-bukti bahan-bahan dan “citation” yang dapat menyokong hujah anda
           hendaklah dibuktikan.
3.         Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan
           sokongan ilmiah.
4.         Format dan isi laporan perlu jelas dan koheren.
5.         Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut :

    1. Pemahaman yang mendalam berkaitan Konsep pentaksiran, pengujian,
penilaian,Taksonomi Bloom,domain Krathwohl,Penilaian Bahasa,Kaedah
Penilaian Bahasa, Penilaian Kemahiran Bahasa,Penilaian Aktiviti Bahasa,Penilaian Pengalaman Pembelajaran,Penilaian Bahasa Berasaskan Projek, Penilaian Berasaskan Sekolah dan Penilaian Pengalaman Pembelajaran

6.         Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak
           tugasan (sekurang-kurangnya sumber daripada 3 buah buku, 3 internet, 3 jurnal dan 2
           bahan bercetak yang lain)

F. Kriteria Pemarkahan

Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pemarkahan yang disediakan. .
Markah kerja kumpulan akan diberikan berdasarkan kepada subtugasan1 manakala markah tugasan individu berdasarkan kepada subtugasan 2.


Tugasan disediakan oleh:                                                           Disahkan oleh



___________________                                                             ____________________

(MUHAMMAD KHAIRI MOHAMED NOR)                              (IBRAHIM BIN BAKAR)
Penyelaras  BMM3033E                                                            Ketua Jabatan
Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah                           Jabatan Pengajian Melayu                                                                                                                IPGKSAH   


Tarikh: 08 Julai 2014                                                              Tarikh:                                   

No comments:

Post a Comment