Friday, July 22, 2011

semantik dan pragmatik

Semantik
Semantik ialah bidang yang mengkaji selok-belok makna. Oleh sebab, makna
merupakan ciri semua sistem lambang, maka pada kebiasaannya makna
mengandungi bidang gunaan yang lebih luas daripada hanya terhadap bahasa.
Kebanyakan ahli bahasa pada hari ini memberikan keutamaan kepada suatu
penghuraian makna yang formal serta menurut keperihalan (contextual) dan ini
memanglah lebih berguna kepada seorang guru yang mengajar. Secara intuitif,
bidang makna boleh digunakan sebagai rujukan (cross-reference) pada setengah-
setengah tempat dalam sesuatu penyelidikan tetapi penghuraiannya hendaklah pula dilaksanakan dengan berdasarkan kepada bentuk. Seluruh penyelidikan
sebaikbaiknya tunduk kepada konsep 'form underlies meaning'.

Antara lain yang disentuh oleh bidang ini ialah persoalan tentang perbezaan antara
makna tatabahasa dan makna kamus (leksis), penentuan perkataan-perkataan
seerti (synonyms) dan perkataan-perkataan yang berlainan erti (antonyms) dengan
berdasarkan kepada kategori makna yang berlainan yang dibawa oleh kedua-dua
jenis perkataan itu, dan sifat-sifat makna dalam struktur ayat menurut analisis
kandungan kategorikategori makna itu, serta penubuhan konsep makna sintaksis
dalam analisis sesuatu bahasa secara keseluruhan, dan selainnya lagi.

sebenarnya mempelajari sistem bahasanya dengan kadar pencapaian yang tertentu
dan sebagainya. Walau bagaimanapun, soal-soal mengenai bagaimana seseorang
kanak-kanak mempelajari 'kebijaksanaan' bahasa di sekitar alam sekelilingnya
masih belum dapat diselesaikan oleh bidang penyelidikan setakat ini.

Sebagai kesimpulannya, psikolinguistik ialah bidang yang membahaskan hal-hal
tentang penguasaan bahasa, iaitu dengan mencari jawapan bagaimana bahasa itu
dapat dikuasai oleh kanak-kanak dan orang dewasa.

Pragmatik
Pragmatik ialah cabang ilmu linguistik yang mengkaji hal-hal yang merangkumi
struktur bahasa sebagai alat perhubungan sama ada antara penutur dan pendengar
atau penulis dan pembaca. Di samping itu, sebagai pengacuan simbol-simbol
bahasa pada hal-hal ekstralingual.

Menurut Hashim Musa dan Ong Chin Guan (1998: 81) pragmatik ialah teori yang
berkait dengan interpretasi ujaran. Tegasnya, hal ini bermakna pragmatik
dimanfaatkan untuk menginterpretasi ujaran yang kabur atau taksa, ujaran yang
mengalami pengguguran kata kerja atau kata adjektif atau kata yang elipsis dan
sebagainya.

Walau bagaimanapun, Kamus Linguistik (1997: 192) memerikan perihal pragmatik dalam dua perspektif. Yang pertama, pragmatik yang ditinjau dalam semiotik ialah pengkajian tentang bagaimana tanda dan lambang digunakan oleh manusia untuk berhubung dalam bahasa tertentu.

Manakala yang kedua adalah dalam linguistik moden, iaitu pragmatik ialah
pengkajian bahasa dari sudut pandangan pengguna, terutama pemilihan yang
dibuat, kekangan yang dihadapi ketika menggunakan bahasa dalam interaksi sosial,
dan kesan penggunaan bahasa terhadap peserta lain dalam lakuan komunikasi.Menurut George Yule (1997: 3) pragmatik ialah kajian makna, yang melibatkan
penyampai dan penerima yang terdiri daripada pengucap dan pendengar atau
penulis dan pembaca. Tegasnya, pengucap atau penulis berperanan menyampaikan
maklumat sama ada memberitakan, menyatakan, memaklumkan, memberitahu,
menjelaskan, mengarahkan, memerintah, menyuruh, mengkehendaki, menanyakan,
menyeru, mengulas, mengkritik, menyimpul atau mengingatkan sesuatu kepada
pendengar. Manakala, pendengar atau pembaca ialah individu yang
bertanggungjawab membuat interpretasi bunyi atau tafsiran sebutan, atau
perkataan, frasa, klausa, ayat atau wacana atau membuat analisis maklumat
berasaskan sesuatu perkara atau data yang didengarnya daripada orang lain yang
mengujarkannya atau yang menuturkannya secara langsung (lisan) atau secara
tidak langsung (rakaman) atau membuat tafsiran bagi bahan atau data yang
dibacanya. Hal ini bermakna skop yang menyentuh bidang pengkajian pragmatik
ialah bidang kajian yang berhubungan dengan sesuatu yang dimaksudkan oleh
penyampai.

No comments:

Post a Comment