Friday, July 22, 2011

semantik dan pragmatik

Semantik
Semantik ialah bidang yang mengkaji selok-belok makna. Oleh sebab, makna
merupakan ciri semua sistem lambang, maka pada kebiasaannya makna
mengandungi bidang gunaan yang lebih luas daripada hanya terhadap bahasa.
Kebanyakan ahli bahasa pada hari ini memberikan keutamaan kepada suatu
penghuraian makna yang formal serta menurut keperihalan (contextual) dan ini
memanglah lebih berguna kepada seorang guru yang mengajar. Secara intuitif,
bidang makna boleh digunakan sebagai rujukan (cross-reference) pada setengah-
setengah tempat dalam sesuatu penyelidikan tetapi penghuraiannya hendaklah pula dilaksanakan dengan berdasarkan kepada bentuk. Seluruh penyelidikan
sebaikbaiknya tunduk kepada konsep 'form underlies meaning'.

Antara lain yang disentuh oleh bidang ini ialah persoalan tentang perbezaan antara
makna tatabahasa dan makna kamus (leksis), penentuan perkataan-perkataan
seerti (synonyms) dan perkataan-perkataan yang berlainan erti (antonyms) dengan
berdasarkan kepada kategori makna yang berlainan yang dibawa oleh kedua-dua
jenis perkataan itu, dan sifat-sifat makna dalam struktur ayat menurut analisis
kandungan kategorikategori makna itu, serta penubuhan konsep makna sintaksis
dalam analisis sesuatu bahasa secara keseluruhan, dan selainnya lagi.

sebenarnya mempelajari sistem bahasanya dengan kadar pencapaian yang tertentu
dan sebagainya. Walau bagaimanapun, soal-soal mengenai bagaimana seseorang
kanak-kanak mempelajari 'kebijaksanaan' bahasa di sekitar alam sekelilingnya
masih belum dapat diselesaikan oleh bidang penyelidikan setakat ini.

Sebagai kesimpulannya, psikolinguistik ialah bidang yang membahaskan hal-hal
tentang penguasaan bahasa, iaitu dengan mencari jawapan bagaimana bahasa itu
dapat dikuasai oleh kanak-kanak dan orang dewasa.

Pragmatik
Pragmatik ialah cabang ilmu linguistik yang mengkaji hal-hal yang merangkumi
struktur bahasa sebagai alat perhubungan sama ada antara penutur dan pendengar
atau penulis dan pembaca. Di samping itu, sebagai pengacuan simbol-simbol
bahasa pada hal-hal ekstralingual.

Menurut Hashim Musa dan Ong Chin Guan (1998: 81) pragmatik ialah teori yang
berkait dengan interpretasi ujaran. Tegasnya, hal ini bermakna pragmatik
dimanfaatkan untuk menginterpretasi ujaran yang kabur atau taksa, ujaran yang
mengalami pengguguran kata kerja atau kata adjektif atau kata yang elipsis dan
sebagainya.

Walau bagaimanapun, Kamus Linguistik (1997: 192) memerikan perihal pragmatik dalam dua perspektif. Yang pertama, pragmatik yang ditinjau dalam semiotik ialah pengkajian tentang bagaimana tanda dan lambang digunakan oleh manusia untuk berhubung dalam bahasa tertentu.

Manakala yang kedua adalah dalam linguistik moden, iaitu pragmatik ialah
pengkajian bahasa dari sudut pandangan pengguna, terutama pemilihan yang
dibuat, kekangan yang dihadapi ketika menggunakan bahasa dalam interaksi sosial,
dan kesan penggunaan bahasa terhadap peserta lain dalam lakuan komunikasi.Menurut George Yule (1997: 3) pragmatik ialah kajian makna, yang melibatkan
penyampai dan penerima yang terdiri daripada pengucap dan pendengar atau
penulis dan pembaca. Tegasnya, pengucap atau penulis berperanan menyampaikan
maklumat sama ada memberitakan, menyatakan, memaklumkan, memberitahu,
menjelaskan, mengarahkan, memerintah, menyuruh, mengkehendaki, menanyakan,
menyeru, mengulas, mengkritik, menyimpul atau mengingatkan sesuatu kepada
pendengar. Manakala, pendengar atau pembaca ialah individu yang
bertanggungjawab membuat interpretasi bunyi atau tafsiran sebutan, atau
perkataan, frasa, klausa, ayat atau wacana atau membuat analisis maklumat
berasaskan sesuatu perkara atau data yang didengarnya daripada orang lain yang
mengujarkannya atau yang menuturkannya secara langsung (lisan) atau secara
tidak langsung (rakaman) atau membuat tafsiran bagi bahan atau data yang
dibacanya. Hal ini bermakna skop yang menyentuh bidang pengkajian pragmatik
ialah bidang kajian yang berhubungan dengan sesuatu yang dimaksudkan oleh
penyampai.

Tuesday, July 19, 2011

Tugasan Pengantar Linguistik

PISMP 4B
Pengantar Linguistik

Bagi melaksanakan tugasan ini, secara individu:

1. Menghuraikan tentang bidang linguistik dan sifat bahasa;
2. Menyusur galur sejarah perkembangan ilmu linguistik;
3. Menerangkan tentang struktur linguistik, faktor luaran, variasi bahasa, dan peraturan paradigmatik; dan
4. Membanding beza dan menjelaskan tentang stilistik dan bahasa Melayu saintifik

Sub tugasan:

1. Berdasarkan pernyataan di atas, anda dikehendaki menelaah, mengumpul, dan menghasilkan bahan maklumat dalam bentuk grafik mengikut topik-topik berikut;

Berdasarkan penyataan di atas, anda dikehendaki menelaah, mengumpul, dan menghasilkan bahan maklumat dalam bentuk grafik mengikut topik-topik berikut;

Linguistik, sifat bahasa, refleksi : pemikiran dalam linguistik, sejarah perkembangan ilmu linguistik, struktur linguistik, faktor luaran, variasi bahasa, lingistik kontekstual, linguistik gunaan, linguistik diakronik, peraturan paradigmatik, stilistik dan bahasa Melayu saintifik.

2. Buat refleksi tentang kaitan antara teori linguistik dan penguasaan ilmu tatabahasa Bahasa Melayu.

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus

1. Tugasan ini adalah tugasan individu.
2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul maklumat.
3. Gunakan maklumat yang dikumpul sebagai bahagian utama isi tugasan.
4. Maklumat boleh dipaparkan dalam sebarang bentuk visual (grafik).
5. Format penulisan tugasan adalah seperti berkut :
i. Fon Arial
ii. Saiz huruf ialah 12
iii. Langkau satu setengah baris
iv. Rujukan mengikut format APA
v. Lampiran
7. Amalan plagiat tidak dibenarkan
8. Panjang tugasan tidak kurang daripada 15 muka surat (termasuk persembahan visual).
9. Tugasan ini membawa markah 100% dengan wajaran 50%.


Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
2. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut :
i. Pemahaman yang mendalam berkaitan dengan topik Pengantar Linguistik Bahasa Melayu
ii. Nota grafik yang lengkap dan tepat.
iii. Membuat nota grafik yang sesuai dengan tajuk dan relevan dengan tugasan.
iv. Memindahkan teks kepada bentuk grafik dengan penggunaan bahasa baku dengan tepat.
v. Menghuraikan nota grafik menggunakan bahasa yang mudak difahami.
vi. Bukti dan bahan-bahan yang menyokong hujah anda hendaklah dikemukakan.
vii. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dan sokongan ilmiah.
viii. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.

Kriteria Pemarkahan

Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pemarkahan yang disediakan. Markah akan diberi secara individu berdasarkan kepada soalan tugasan tersebut


Tugasan disediakan oleh Disahkan oleh





__________________

( MUHAMMAD KHAIRI BIN MOHAMED NOR )
Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu
IPG KSAH