Friday, July 4, 2014

Buku yang akan diterbitkan!!! Insyaalah

Semantik ialah bidang kajian tentang aspek makna dalam bidang ilmu linguistik. Hal ini demikian kerana ianya berkaitan dengan makna kata dan ayat. Semantik menghubungkan makna kalimat dengan wacana atau teks. Sifat ilmu semantik ialah gramatik, iaitu mematuhi peraturan dalam menganalisis ayat dan analisis semantik memberikan penjelasan dari segi linguistik yang bersifat formal dan tetap. Semantik bertujuan membantu individu memilih kata dan ayat yang sesuai yang digunakan dalam perbualan seharian.
Wacana pula merupakan bidang kajian yang amat luas dan telah dikaji oleh ramai ahli bahasa. Wacana ialah unit bahasa yang lengkap dan tertinggi yang melampaui ayat. Wacana terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, dialog, bab, buku, siri dan sebagainya yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan lengkap. Di samping itu, wacana melihat penggunaan kata-kata tertentu, struktur sintaktik, kolokasi leksikal, keteraturan sturuktur teks, struktur topik, perenggan, genre dan sebagainya.

            Psikolinguistik merupakan sebahagian daripada bidang linguistik yang menyelidik fenomena linguistik. Psikolinguistik merupakan bidang antara disiplin yang menggabungkan kajian yang berkaitan dengan psikologi dan linguistik. Linguistik merupakan bidang kajian bahasa yang menjelaskan bagaimana bahasa digunakan secara praktikal. Psikologi pula merupakan kajian saintifik tentang proses mental dan tingkah laku. Oleh itu, gabungan kedua-dua bidang dikenali sebagai psikolinguistik yang bermaksud psikologi bahasa. Bidang ini juga beberapa jenis aliran teori bahasa iaitu teori aliran tradisonal, aliran sruktural, aliran transformasi generatif dan aliran fungsional. Selanjutnya dijelaskan fahaman yang mendasari teori pemerolehan bahasa iaitu teori pelaziman klasik dan teori pelaziman instrumen. Selain itu, bidang ini mengkaji pemerolehan bahasa pertama dan pemerolehan bahasa kedua.

No comments:

Post a Comment